Saturday, March 31, 2012

PIBG dan Sekolah saya

Mesyuarat Agung PIBG kali pertama saya di sekolah saya ni. Tapi tak dapat menghadirkan diri kerana ada interaksi kelas PPG saya di IPG Kampus Ipoh. Dua-dua penting, tapi terpaksa pilih antara satu,
Alhamdulillah hari ini juga PIBG SK Marian Convent telah menerima anugerah Pengurusan PIBG Cemerlang Peringkat Daerah Kinta Utara Kategori Sekolah Bandar. Tahniah kepada semua barisan AJK PIBG yang diterajui oleh Dato'Hj Roshidi b. Hj Hashim. Timbalanya Ir Aminuddin.

Terlalu banyak sumbangan PIBG pada sekolah saya, terutamanya dari segi keindahan prasarana, kemudahan anak-anak belajar, kos membaiki segala kerosakan dan keselamatan. Mereka terlalu prihatin. Tanpa kerjasama semua AJK dan ahli-ahli semua sekolah Marian Convent tidak akan berjaya seperti sekarang. Komitmen pihak pentadbir, guru-guru dan PIBG amat penting. Semoga hubungan baik antara PIBG dan pihak Sekolah akan berterusan  demi kecemerlangan anak-anak dalam semua bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.
Ahli PIBG yang bermurah hati bolehlah  menyumbangkan apa saja bantuan.....idea, barangan atau wang ringgit untuk membiayai program-program sekolah saya ni. Atau ada ahli-ahli korporat yang nak membantu ..alhamdulillah kerana sekolah saya ni sekolah bantuan modal....























No comments:

Post a Comment