Wednesday, August 1, 2012

Bulan Kemerdekaan

Assalamualaikum semua.
Rasa lama jugak tak berbicara di sini. Bila lama tak berjumpa rasa rindu pun datang. Tambahan bila berjauhan dengan orang yang disayang, rindu pun datang mencengkam kalbu. Tapi bila sibuk dengan kerja-kerja SEKOLAH dan assigment.. rindu tu dapat dilupakan seketika. tapi sebenarnya rindu sangat.hihihi

Dah setahun saya bertugas  di sekolah ni. Dah mula serasi, betul orang kata tak kenal maka tak cinta, rasa dah menjadi hak kita. Baik buruk apa yang ada di dalam harus diterima dan bila dah rasa hak kita, sayangnya pun lebih daripada biasa. Sanggup berkorban apa saja, tak ada wang ringgit, masa dan tenaga dikorbankan. Dah kenal hati budi cikgu-cikgu, dengan anak murid pun dah mesra.

Sekarang dah masuk bulan Ogos, bulan kemerdekaan, bulan mengingati zaman negara mula-mula mendapat kemerdekaan. Seperti biasalah awal-awal ni pelancaran kempen kibarkan Jalur Gemilang bermula. Cikgu-cikgunya pun nak glamour juga, pakat pakai baju tema warna jalur gemilang. Lain tahun berlainan gaya dan caranya la pulak. Untung ada guru pelatih dua orang tu yang baru datang. Rezeki mereka kena buat kerja tu. Terima kasih lah buat gimik pelancaran, belon meletup satu pun dah buat terkejut..oh anak aku!..
Pentadbir seronok, anak buah lagi seronok.

Cikgu-cikgu Jalur merah.

Staff pejabat pun ikut sekali. meriah sungguh kali ni.

Semangat cintakan Malaysia harus diterapkan dari awal kanak-kanak lagi.







Tunggu Sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos nanti.

No comments:

Post a Comment