Monday, January 28, 2013

Pelantikan Pemimpin-pemimpin Sekolah 2013



25 Januari 2013,
lewat sedikit kerana keadaan yang tak diduga. Apa-apa pun alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Kat sekolah saya ni ada 5 jenis pemimpin dengan 5 tema warna yang berbeza. Senang nak cam la, sekali pandang dah tau mereka pemimpin apa.

Majlisdimulakan dengan penyerahan Watikah Pelantikan.

 
 

                               
                           

Baccan Ikrar oleh semua pemimpin yang diketuai oleh Ketua Murid Adik Fatih Afifah bt Abdul Hamid dan Ketua-ketua setiap kumpulan Pemimpin.


Yang ni Pengawas Sekolah , terdiri dari murid Tahun 4,5 dan 6. Kalau tahun lepas hanya murid tahun 5 dan 6 sahaja, tapi tahun ni lantik dari tahun 4. Bakat yang ada semasa di tahun 3 diteruskan.
Pemimpin Pengawas Sekolah. Penyelaras : Pn. Manjit Kaur 
 Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Penyelaras : Pn Nor'azah bt. Taiyit@Lit

Pemimpin Rakan Sebaya - Penyelaras :Pn. Suzira bt Mamat

Pengawas SPBT. Penyelaras Pn.  Norriza  bt Ismail

Ketua dan Penolong Kelas  - Penyelaras Pn. Siti Ramlah Azura

Tahniah atas pelantikan semua pemimpin. Semoga semuanya akan menjalankan tugas yang diamanahkan dengan ikhlas, jujur dan dedikasi demi kecemerlangan sahsiah yang lebih gemilang

Friday, January 25, 2013

RM100 untuk semua

Syukur dengan pemberian yang diberikan untuk semua anak-anak yang bersekolah. Boleh membantu meringankan sedikit beban, sekurang-kurangnya pemberian itu dapat digunakan untuk membeli keperluan tambahan. Tak kira anak siapa, doktor, lawyer, yang ibu bapanya bergaji puluhan ribu pun dapat jugak.
Alhamdulillah saya pun dapat jugak, anak tinggal seorang je yang masih bersekolah, dapat la RM100. Dah sekolah menengah dia ambil la sendiri, nak beli buku kamus Bahasa Perancis (RM59) n uniform Kadet Polis katanya...cukup la kot tu, tak cukup pun cuma tambah sikit-sikit je. Alhamdulillah dia dah boleh fikir kegunaan wang sumbangan kerajaan tu.  Sesiapa yang ada anak ramai bersekolah dapat la lebih kan. Kalau ada 5 orang anak yang masih bersekolah, ha RM500 la kan.Rezeki anak namanya, Sape yang  saja2 nak bagi wang sebanyak tu. Tapi manafaatkannya dengan sebaiknya. guna untuk keperluan pembelajaran anak-anak. Hargai sumbangan yang diterima.

Kat sekolah saya ni majlis diadakan ringkas sahaja...
Majlis diadakan pada 18 Januari 2013 -  2 sesi untuk ibu bapa murid sesi pagi diadakan sebelah dan sebelah pagi untuk ibu bapa sesi petang, Tujuannya tidak mengganggu masa pembelajaran murid.

 Taklimat Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah diberikan juga pada hari tersebut atas arahan PPD Kinta Utara. Taklimat secara ringkas je, lepas itu ibu bapa diberi borang soal selidik..Tujuannya untuk memberi peluang kepada ibu bapa sama-sama membangunkan sekolah dalam semua bidang dan membina jalinan kerjsama antara ibu bapa, sekolah dan swasta bagi menghasilkan kecemerlangan anak-anak. Dua kali la kena beri taklimat  ni,


 Sesi penyerahan wang Bantuan Khas RM100.00 kepada semua ibu bapa.




Sedikit makanan dan minuman untuk semua ibu bapa.
Bersyukur dengan apa yang diberi.

Thursday, January 24, 2013

Pemantauan TBGB..

Alhamdulillah, selesai pemantauan untuk penentusah bagi Tawaran Baru Guru Besar (TBGB). Terima kasih kepada semua warga marian yang membantu melancarkan sesi pemantauan pada 23 Januari 2013. Dari mula persiapan hingga selesai.

Jam 8.00 pagi - Sesi Taklimat dan pengenalan di Bilik Gerakan.
Pegawai Nazir yang hadir:
1. Tn. Hj.Zakaria b. Yusof - Ketua  Jemaah Nazir Negeri Johor
2. En. Che Wan Sukri b. Che Wan Ariffin - JNJK Perak
3. En. Selvarajoo a/l Madhavan - JNJK Putrajaya







Pertemuan orang kampung n rakan semaktab..

Jam 3.30 petang - Selesai, Alhamdulillah. Semoga dimurahkan rezeki untuk semua warga Marian.


Sunday, January 6, 2013

Pancuran imej baru

Setelah sekian lama menanti akhirnya, Alhamdulillah siap juga pancuran air  kat sekolah saya ni. Ia lebih bercirikan moden berbanding dengan yang lama.  Memang nak yang ada bunyi kuat sikit, percikannya pun terlebih sikit, hehehe  kena la letak pokok bunga bagi mengelakkan kawasan sekitarnya basah. Yang lama tu terpaksa diganti kerana keadaan yang mengalami kebocoran. Selain tu ada perancangan lain di kawasan tu....yang sekarang nampak lebih luas.
Pancuran imej baru memberikan semangat baru di Tahun 2013
Yang lama jadikan kenangan, 

Guru Besar bersama Penolong Kanan Pentadbiran tidak melepaskan peluang
 untuk merakamkan gambar di pancuran yang baru.

Wednesday, January 2, 2013

Hari Pertama Persekolahan 2013

Hadir dengan semangat baru, Sebelum jam 7 pagi dah sampai.
Perhimpunan awal pagi
Murid Sesi Pagi
Murid-murid Sesi petang, pinkkkkkkk jadi pilihan.