Friday, January 25, 2013

RM100 untuk semua

Syukur dengan pemberian yang diberikan untuk semua anak-anak yang bersekolah. Boleh membantu meringankan sedikit beban, sekurang-kurangnya pemberian itu dapat digunakan untuk membeli keperluan tambahan. Tak kira anak siapa, doktor, lawyer, yang ibu bapanya bergaji puluhan ribu pun dapat jugak.
Alhamdulillah saya pun dapat jugak, anak tinggal seorang je yang masih bersekolah, dapat la RM100. Dah sekolah menengah dia ambil la sendiri, nak beli buku kamus Bahasa Perancis (RM59) n uniform Kadet Polis katanya...cukup la kot tu, tak cukup pun cuma tambah sikit-sikit je. Alhamdulillah dia dah boleh fikir kegunaan wang sumbangan kerajaan tu.  Sesiapa yang ada anak ramai bersekolah dapat la lebih kan. Kalau ada 5 orang anak yang masih bersekolah, ha RM500 la kan.Rezeki anak namanya, Sape yang  saja2 nak bagi wang sebanyak tu. Tapi manafaatkannya dengan sebaiknya. guna untuk keperluan pembelajaran anak-anak. Hargai sumbangan yang diterima.

Kat sekolah saya ni majlis diadakan ringkas sahaja...
Majlis diadakan pada 18 Januari 2013 -  2 sesi untuk ibu bapa murid sesi pagi diadakan sebelah dan sebelah pagi untuk ibu bapa sesi petang, Tujuannya tidak mengganggu masa pembelajaran murid.

 Taklimat Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah diberikan juga pada hari tersebut atas arahan PPD Kinta Utara. Taklimat secara ringkas je, lepas itu ibu bapa diberi borang soal selidik..Tujuannya untuk memberi peluang kepada ibu bapa sama-sama membangunkan sekolah dalam semua bidang dan membina jalinan kerjsama antara ibu bapa, sekolah dan swasta bagi menghasilkan kecemerlangan anak-anak. Dua kali la kena beri taklimat  ni,


 Sesi penyerahan wang Bantuan Khas RM100.00 kepada semua ibu bapa.




Sedikit makanan dan minuman untuk semua ibu bapa.
Bersyukur dengan apa yang diberi.

No comments:

Post a Comment