Sunday, March 17, 2013

Konvensyen Dr MUDA Peringkat Daerah Kinta 2013

Hai semua , nak cerita sikit pengalaman pertama menyertai konvensyen Doktor Muda ni. Kelab Doktor Muda sekolah saya ni baru aje ditubuhkan. Baru je 2 bulan. Belajar pun taak banya.  Jadi nak cari pengalaman la di Hari konvensyen ni. Macam pantun; 

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah  tolong jolokkan;
Kami budak baru belajar,
Nak tengok orang lain buat persembahan.
     hehehe..ubah sikit ayat tu.

Walaupun baru 2 bulan ditubuhkan, Kelab Dr Muda SK Marian Convent, Ipoh telah mencuba nasib menyertai beberapa pertandingan di Konvensyen Dr Muda Peringkat Daerah Kinta yang diadakan di Pusat Rawatan Harian (ACC) Hospital Raja Permaisuri Bainun pada 16 Mac 2013.
Sebagai Kelab yang baru ditubuhkan, sekolah saya hanya layak menyertai 3 daripada 7 kategori yang dipertandingkan iaitu Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris, Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu dan Buku Informasi Kesihatan (Buku Skrap). 

Kategori Pertandingan  Konvensyen Doktor Muda 2013
1. Bercerita dalam Bahasa Melayu
2. Bercerita dalam Bahsa Inggeris
3. Buku Informasi Kesihatan (Buku Skrap)
4. Sketsa
5. Pameran Kesihatan
6. Tokoh Doktor Muda
7. Sekolah Cemerlang Doktor Muda

Tahniah kepada semua Ahli Doktor Muda yang menunjukkan kesungguhan dan mecapai kejayaan yang membanggakan buat pertama kalinya.

Peserta Pertandingan Buku Informasi Kesihatan - hadiah saguhati.


Buku Informasi yang dihasilkan. 
Fatin Afifah - Memenangi Tempat Ketiga Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu.
Gladys Yau - Pemeng Tempat Kedua Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris

Masa saya sampai, semua acara pertandingan dah selesai, tak sempat nak tengok bagaimana aksi semua peserta membuat persembahan. Sebenarnya nak tengok bagaimana  bentuk pertandingan skesta. Sedih juga tapi nak buat macam mana banyak program berjalan serentak pada hari ini.

.
 Alhamdulillah sempat tengok pameran yang diadakan.  
Ni la satu-satunya sekolah yang menyertai pertandingan pameran. Kira dia menang tanpa bertanding la. Terus mewakili daerah ke peringkat negeri. Syarat menyertai mesti mempamerkan aktiviti dalam setahun.


Turut serta membuat pameran bagi memeriahkan konvensyen kali ini  ialah Pameran Kelab Doktor Muda SK Seri Iskandar, sekolah ni pernah menjadi Johan Pameran Doktor Muda Peringkat Negeri, boleh dijadikan contoh. Antara sudut yang menarik perhatian saya.

Bersama guru pembimbing Kelab Doktor Muda SK Marian Convent.





 Diharapkan pengalaman pertama  menyertai Konvensyen Doktor Muda ini, ahli Kelab Doktor Muda sekolah saya ini menjadi panduan untuk melaksanakan aktiviti dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
Sekian. Selamat Maju Jaya.


No comments:

Post a Comment