Tuesday, March 5, 2013

Nazir datang lagi..

Semalam 4 Mac 2013, 3 orang pegawai nazir datang lagi untuk membuat penentusahan ke sekolah saya. Alhamdulillah satu penghargaan bila sekolah  dicalonkan untuk diberi pengikhtirafan Sekolah Berprestasi Tinggi, tapi jenuh jugak la nak buat persiapan, walaupun sebenarnya sekolah saya ni dah biasa didatangi nazir. Tapi  biasa la kan manusia, selagi darah masih mengalir, gemuruhnya tetap ada.., dup dap dup dap.. debarannya kian kencang menjelang hari dilawati.
Walaupun mereka datang untuk memantau fail dan dokumen yang berkaitan tetapi prasarana dan persekitaran sekolah juga perlu diberi perhatian.  Berkat kerjasama semua pihak terutama dari para guru yang memang sentiasa mengurus dan menjaga keceriaan kelas dan bilik khas dengan baik,, para pekerja yang rajin menjaga keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah. Datang tidak mengira hari walaupun hari cuti. Alhamdulillah suasana pada pagi itu dapat dilihat harmoni dan tenang.

Mereka datang seawal 7.20 pagi sebelum perhimpunan dimulakan. Hampir 8 jam mereka berada di sekolah. Jam 4.00 petang mereka meninggalkan sekolah dengan membawa dokumen yang diperlukan. Semoga laporan mereka akan memberikan keputusan yang menggembirakan kami semua...kalau tak nanti akan datang la nazir lain untuk memantau lagi perkara yang sama... hehehe. Apa-apa pun terima kasih kepada mereka yang sudi datang ke sekolah saya.

Pegawai Jemaah Nazir yang hadir;
1. YM Raja Hamizah bt. Raja Harun - Ketua Penolong Pengarah JNJK KPM, Putrajaya
2. Tn. Hj Anuar b. Omar - Nazir Sekolah JNJK KPM  
3.  En. Ahmad Puad b. Taib - Nazir Sekolah JNJK Perak


YM Raja Hamizah, Tn Hj Anuar dan En.Ahmad Puad.

Barisan pentadbir bersama nazir sebelum pulang.




No comments:

Post a Comment