Thursday, April 11, 2013

Pelaksanaan Program i-THINK

i-THINK adalah satu program yang dipacu oleh Agensi Inovasi Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah melahirkan murid yang berinovatif.

Apa yang diharapkan daripada program ini, dengan menggunakan Alat Berfikir ('thinking tools') murid lebih fokus, berkeyakinan dan aktif  di dalam kelas. Aktiviti banyak berpusatkan murid, prestasi murid meningkat dan hubungan guru dan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilatator.

Pelaksanaan i-THINK berjalan secara berperingkat:
bermula September 2011 Kajian Rintis oleh AIM (Agensi Inovasi Malaysia) dan 10 buah sekolah Rintis dari seluruh negara telah membuat lawatan dan kajian ke United Kingdom. Secara berperingkat program ini dikembangkan ke beberapa sekolah seluruh negara.

Pada  2012, seramai 5 orang guru sekolah saya telah mendengar taklimat dan menghadiri kursus ini.
Pemandu i-THINK sekolah saya ialah Pn Hjh Khamsiah bt Muda seorang Guru Cemerlang Bahasa Melayu, dibantu oleh Pn. Hjh Roshilah bt Ariffin , Pn. Maznah bt . Cik Wong Wai Ching dan Pn. Sabariah bt Omar.


Pelaksanaan sepenuhnya di sekolah saya bermula Januari 2013, semua guru memilih peta minda yang sesuai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kursus Dalaman Program i-THINK





Jenis-jenis peta minda i-THINK
















Pelaksanaan i-THINK dalam pembelajaran


 


Pelancaran Program Peringkat Sekolah
Pelancaran secara rasminya telah diadakan pada 10 April 2013 dengan menjemput En Nik Ashraf bin Raja Berahim, Penolong Pegawai PPD SR Bahasa Melayu Daerah Kinta Utara, yang juga merupakan penghulu bagi sekolah SK Marian Convent.









En. Nik Ashraf melawat ke Sudut  pameran

Pameran berdasarkan peta minda i-THINK
peta pokok dan peta buih berganda
Peta buih dan peta 
Peta Aliran dan Peta 




Jom amalkan...biarkan anak-anak murid kita berfikir...memberi idea dan menyatakan pendapat.

1 comment:

  1. As salam....boleh saya dapatkan contoh kertas kerja majlis pelancaran program i think di sekolah ini?besar harapan saya cikgu dpt emailkan kepada saya azye142arm@gmail.com...tq

    ReplyDelete