Wednesday, April 10, 2013

Sekolah Kluster Kecemerlangan Zon Utara

Semalam 9 April (Selasa) ni kena tugas di luar, Awal-awal dah bersiap-siap nak kena pergi.
Menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program Persidangan/Seminar Antarabangsa Sekolah Kluster Malaysia di SK Bagan Jermal, Butterworth, Pulau Pinang. Mesyuarat bermula 9.30 pagi. Ha..sesudah subuh la dah kena bergerak.
Antara agenda yang dibincangkan ialah merancang program bersama yang akan diadakan pada bulan November 2013. Melibatkan semua sekolah kluster seluruh Malaysia dan menjemput penceramah dari Malaysia dan Thailand.

Senarai Sekolah Kluster Zon Utara 2013
1.  SK Sena, Kangar, Perlis
2.  SK Bagan Jermal, Butterwoth, Pulau Pinang
3.  SR Pendidikan Khas Alma (Penglihatan), Butterworth Pulau Pinang,
4.  SK St.Anne's Convent, Kulim, Kedah,
5.  SK Kampung Jambu, Taiping, Perak,
6.  SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar, Perak
7.  SK Marian Convent, Ipoh Perak.
8.  SK Seri Ampang, Ipoh, Perak
9.  SK Perempuan Methodist, Ipoh, Perak.

Antara yang sempat dirakam.




Guru Besar SKK Zon Utara dan Penyelaras Kluster 

Sempat lagi posing di pintu masuk sekolah ni.



Singgah dahulu di sini juga salah satu Sekolah Kluster Kecemerlangan di Perak. Merasa bersarapan pagi di sini. Boleh tahan jugak masakan di kantin sekolah ni.



Balik tu sempat la pekena laksa ngan ais kacang kuala kangsar.. Mula tu malu-malu kucing gak nak makan, hehehe, bukan apa sebenornya masih kenyang, hahaha habis jugak semangkuk ais kacang ngan laksa tu, tak habis kang sayang pulak kan, jangan membazir....siap bungkus lagi..Terima kasih Puan Guru Besar....


No comments:

Post a Comment