Thursday, November 14, 2013

Sekolahku Tetap TOP UPSR

Hari ini keputusan UPSR diumumkan.
Debaran dari semalam lagi dah terasa..dup dap du dap...
murid ni pelbagai, setiap tahun calonnya berbeza, so keputusannnya pun mengikut tahap kemampuan murid...
Pagi tu memangla...macam frust je..selalunya JPN ke PPD akan call maklum sesuatu, tapi kali ni senyap je, tak ada majlis2 macam tahun-tahun sebelumnya ke...
Apa-apa pun persiapan tetap dibuat untuk meraikan kejayaan anak-anak nanti.  Dewan dihias dan dikemas bersih, suasana nampak tenang...semua berdebar menanti guru besar membawa balik keputusan rasmi...ibu bapa ramai yang dah menunggu.
Guru besar belum sampai kami dah menangis berpelukan...dapat khabar xrasmi la tu...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi...walaupun tak mencapai target...SKMC masih TOP di Perak. Ada peningkatan dari tahun lepas. Terima kasih dan TAHNIAH kepada Murid Tahun 6 dan guru-gurunya yang bertungkus lumus dengan sokongan kuat Penolong Kanan Pentadbirannya Pn. Sharifah Nor Mohamed  dan semangat serta doa kudus dari Pn. Hjh Rogayah Pilus guru besar sekolah saya.

Kerjasama semua  pihak terutama murid-murid, guru-guru khasnya serta ibu bapa menghasilkan keputusan yang terus cemerlang. TERIMA KASIH dan TAHNIAH semua.

Keputusan Rasmi UPSR 2013.
Calon : 133 orang
Mata Pelajaran:  
Bahasa Melayu Pemahaman: 131 orang  - 98.5%
Bahasa Melayu Penulisan    : 132 orang  - 99.2%
Bahasa Inggeris :  132 orang - 99.2%
Matematik        :  133 orang - 100%
Sains                :  132 orang - 99.2%

Keseluruhan Lulus:  130 orang -  97.74%
Calun mendapat 5A :  41 orang - 30.83%
Gred Purata Sekolah (GPS)    : 1.42

Kedudukan:  No.1  Daerah Kinta Utara
                   No. 5 Negeri Perak
                   No. 1 Negeri Perak Kategori Sekolah Bandar
                   (sekolah 4 di atas tu Sekolah Kurang Murid SKM)

Debaran ibu bapa dan anak-anak menanti pengumuman guru besar.

Penyampaian Slip Keputusan kepada semua Murid. Masih tak tau siapa lagi yang dapat  5A ni..
Pn. Aniza Zakaria Penolong Kanan Kokurikulum menyampaikan slip Keputusan

Pn. Hindon Wahid Penolong Kanan Hal Ehwal Murid turut menyampaikan slip keputusan

Pn. Hjh Sharifah Nor Mohamad Penolong Kanan Pentadbiran menyampaikan slip keputusan

Guru Besar Pn. Hjh Rogayah menyampalikan slip keputusan murid yang mendapat 5A.

Bersama murid-murid yang mendapat keputusan 5A.

Kegembiraaan  dirai bersama semua warga sekolah. TAHNIAH semua.

Senarai nama murid yang dapat 5A tak sempat nak salin la..so tunggu la ye..

No comments:

Post a Comment