Tuesday, December 31, 2013

Pendaftaran dan Taklimat Murid Tahun 1 2014

Hari ni hari terakhir 2013..
Esok dah dah masuk tahun baru 2014...bermula lah tugas dan tanggungjawab yang harus digalas untuk dilaksanakan dengan penuh azam dan dedikasi..bagi meneruskan kegemilangan. Nak kekalkan prestasi tidak semudah mencapainya.

Seawal jam 7.30 dah sampai sekolah untuk majlis pendaftaran dan taklimat kepada ibu bapa/ penjaga, bila ditanya ramai juga yang pertama kali mendaftar anak bersekolah di sekolah saya ni..Sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sememangnya mengharapkan kerjasama penuh daripada ibu bapa agar mereka dan anak-anak memahami dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Marian is Marian...
Segala peraturan dan proses pembelajaran dan pengajaran yang ditetapkan adalah untuk kebaikan dan strategi sekolah bagi mengekalkan prestasi yang gemilang sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.






Selamat datang anak-anak Marian. Semoga kalian akan menjadi anak-anak yang cemerlang sahsiah dan akademik. SAHSIAH CEMERLANG , AKADEMIK GEMILANG. Saya sayang semua.


No comments:

Post a Comment