Saturday, December 14, 2013

SK Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang.

Tetiba teringat sekolah pertama saya ni.
26 tahun dulu mula menjejakkan kaki di tanah Lurah Bilut.
Teringin sangat nak kembali ke sini..melihat perubahan yang mungkin banyak berlaku. 
Tempat pertama mengenal erti perjuangan seorang guru yang sebenar. 
Masa tu muda bebeno..muda belia lagi ye la baru awal 20an...jauh pula dari kampung halaman... Tempat komunis dulu ni..nak masuk pun ada lagi pengawal. Sekarang ni ada lagi ke? 
Ye la dah 26 tahun ditinggalkan.
Masa mula-mula pergi dulu, seingat saya masa tu abang Hanib ngan kak yati yang hantar...
lapor diri kat sekolah n terus ke rumah abang office boy sekolah, alamak lupa lak namanya...
kalau tak salah abang bakar...satu hari nak cari jugak. 
Kawan-kawan semua dah lost contact..
cuma tahun lepas terjumpa 'housemate' kak Shimah dalam facebook, 
sampai sekarang belum bersua muka...
insyaallah mudah-mudahan dipertemukan satu hari nanti..

Ni la kawan-kawan guru dan pekerja sekolah. Nampak macam budak lagi masa ni. 

Murid pertama saya di sekolah pertama bertugas SK Lurah Bilut, Bentong, Pahang.
Nama yang kuingat Juzaili Samion, Afiq, Faizal, Nurul Amanina, yang lain maaf la muka dan
kerenahnya masih terbayang cuma namanya terlupa.

       
   
  Suasana sukan yang tak boleh lupa ,boleh pakai baju kurung. 



 Ni geng-geng belia Felda Lurah Bilut. Masa petang-petang menghabiskan masa bermain bola jaring. Sempat menyertai pasukan Belia Felda untuk pertandingan bola jaring antara felda..hehehe kira macam warga felda la mendaftar untuk seketika. kalau tak mana boleh main kan. Dapat la berkenalan dengan ramai warga felda....

Sekarang orang kata dah banyak berubah, membangun dan makin dikenali ramai semenjak adanya filem Bilut dan Muzium Felda. Lebih-lebih lagi sejak pelancaran Sekolah Wawasan. Sejak saya mengajar di sana, konsep sekolah wawasan memang dah diamalkan, berkongsi kantin dan padang, bilik guru SK dan SJKC bersebelahan dinding.  Pejabat SK bersebelahan dengan kelas SJKT Suasananya harmoni, pintu masuk berkongsi ketiga-tiga sekolah.

Masa tu saya tinggal di rumah guru, dalam kawasan sekolah tu juga. Sekarang pastinya dah dirobohkan, ganti dengan bangunan baru kot, ikut patern sekarang. Dulu sebuah-sebuah berdinding papan lagi penuh dengan lubang-lubang..hehehe..takut jugak tapi apa nak buat sumbat je la dengan kertas-keras dan binding. Kalau nak cerita...memang tak larat nak menulis. Apa-apa pun di sini la saya belajar  erti  mengajar yang sebenar, menjadi seorang guru yang penyayang dan dedikasi... 
Pengalaman 2 tahun di sinilah yang menjadikan saya seperti sekarang. 
Alhamdulillah.
Semoga SK Lurah Bilut akan terus melahirkan generasi felda yang cemerlang.




No comments:

Post a Comment