Friday, February 28, 2014

Kepentingan Tanah Tinggi dan Tanah Pamah

Hi semua. Ni subjek Kajian Tempatan Tahun 5. Jom kita buat ulangkaji  Bentuk Muka Bumi Malaysia. Tak sempat menyalin nota dalam kelas kan.

TANAH TINGGI DI MALAYSIA

Peta menunjukkan kawasan Tanah Tinggi di Malaysia


1. Tanah tinggi terdiri daripada bukit, gunung dan ganang.
2. Bukit mempunyai ketinggian kurang daripada 300meter dari aras laut, gunung-ganang
    ketinggiannya melebihi 300 meter dari aras laut.
3. Tanah tinggi mempunyai bentuk puncak, lereng dan lurah. Puncak merupakan bahagian yang
    paling tinggi, lurah bahagian yang paling rendah.
4. Gunung Kinabalu (4101 meter) merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara yang
    terletak di Banjaran Croker, Sabah.
5. Gunung Tahan (2187 meter) gunug tertinggi di Semenanjung Malaysia yang terletak di Banjaran
    Tahan di negeri Pahang.
6. Banjaran merupakan deretan bukit-bukau dan gunung-ganang. Banjaran Titiwangsa merupakan
    banjaran yang terpanjang di Malaysia dan dikenali dengan 'tulang belakang' Semenanjung
    Malaysia.
7. Kepentingan tanah tinggi
    i Kawasan Peranginan dan Pelancongan
    a. Cameron Highland sebagai pusat pelancongan pertanian. Mereka yang sukakan kedamaian               dan ketenangan akan memilih tanah tinggi  Cameron sebagai destinasi pelancongan.                         Suasananya yang sejuk dan nyaman membuatkan tempat ini sentiasa dikunjungi ramai                   pelancong baik dari dalam dan luar negeri.

    b. Genting Highland adalah pusat pelancong yang berbentuk hiburan. Terdapat banyak jenis               permainan 'indoor' dan 'outdoor' terutama 'roller coaster' menjadi tarikan utama para remaja          ke pusat peranginan tanah tinggi ini.

  ii. Pertanian (kawasan penanaman tanaman hawa sederhana)
  a. Tanah tinggi Cameron yang terletak di negeri Pahang sesuai dengan tanaman sayur-sayuran             kerana suhunya di bawah  . Kubis, salad, tomato dan buah strawberi adalah tanaman utama di         tanah tinggi Cameron selain ladang tehnya yang terbentang luas.

  b. Tanah Tinggi Kundasang yang terletak di Sabah juga terkenal dengan hasil teh dan sayur-                sayuran. 

 iii. Kawasan tadahan air semulajadi dan Sumber Kuasa hidro elektrik
  a.  Empangan hidro elektrik Batang Ai yang terletak di daerah Engkelili bahagian Sri Aman, 
      Sarawak yang siap dibina pada 1984 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 1985.  Ia adalah 
      empangan yang merentasi  Sungai Ai.

 Pemandangan di Empangan Batang Ai, Lubuk Antu, Sarawak

       iv. kaya dengan kayu kayan bermutu tinggi.


TANAH PAMAH
Peta menunjukkan kawasan Tanah Pamah  di Malaysia

1. Tanah pamah merupakan kawasan tanah rendah yang rata/datar, beralun dan biasanya
    mempunyai paya, sungai atau tasik. (terletak antara pinggir laut dan tanah tnggi).
2. Kepentingan tanah pamah
    i. pertanian - tanaman padi (Dataran Kedah/Perlis, Tanjong Karang Selangor)
                     - kelapa sawit dan getah ( Sabah, Pahang dan Johor)
                     - nanas (Johor)
                     - Tebu (Perlis)
   ii. kawasan penempatan penduduk - pusat kegiatan penduduk
  iii. kawasan perindustrian - Shah Alam, Pasir Gudang, Juru, Gurun dan Bintulu
                                       - kos pembinaan lebih murah berbanding di tempat tinggi
  iv. Jaringan jalan pengangkutan dan perhubungan - kos lebih rendah dan mudahkan perhubungan
       - Lebuh raya Utara Selatan, Lebuh raya Pantai Timur
       - Landasan keretapi

3. Kawasan utama tanah pamah
    a. Dataran Kedah
    b. Daratan Kerian
    c. Lembah Klang
    d. Dataran Johor
    e. Pahang Tenggara
    f.  Delta Kelantan
    g. Lembah Rajang
    h. Lembah Kinabatangan


Boleh rujuk link di bawah sebagai bacaan/rujukan tambahan
http://leesiokenn.blogspot.com/2011/10/tanah-tinggi-dan-kepentingannya_16.html

Tajuk seterusnya Kepentingan Saliran dan Kawasan Pinggir Laut

2 comments: