Saturday, April 12, 2014

Program Sahsiah Unggul Murid : "Curteous Marian"

Program "Curteous Marian" adalah satu program bagi pembinaan sahsiah unggul di kalangan murid-murid SK Marian Convent. Program ini dirancang seiring dengan program kecemerlangan sahsiah Unggul Murid (SUMUR) di bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
Program ini akan dilaksanakan secara berterusan yang melibatkan semua guru sebagai mentor.



Matlamat Utama SUMUR ialah:
Melahirkan Murid yang memiliki Personaliti Terpuji dan boleh dicontohi oleh murid lain. 
Sentiasa mencari ilmu demi kebahagiaan dunia dan akhirat. 
Mempraktikan amalan kesihatan yang cemerlang dalam kehidupan.
Mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran hidup.
Berusaha meningkatkan kepimpinan dan semangat patriotisme.

Model 5C iaitu Murid Contoh, Murid Cerdas, Murid Cerdik, Murid Cergas, Murid Ceria

Program SUMUR adalah cetusan idea Menteri Pelajaran YB Dato  Seri Hishamuddin bin Tun Hussein  pada tahun 2007. Setelah dimurnikan program SUMUR telah dijadikan 4 Program Utama iaitu Program Berbudi Bahasa, Program Mutadayyin, Program Penampilan Diri danProgram Jati Diri. Pada peringkat awal Program ini lebih menumpukan kepada pelajar sekolah menengah, tetapi beberapa program telah dimurnikan dan disesuaikan dengan tahap murid sekolah rendah.


Program "Curteous Marian" lebih menumpukan kepada Program Berbudi Bahasa.
Program ini akan berjalan selama 2 bulan yang dinilai bersama oleh Mentor bagi setiap murid & kelas. Laporan penilaian akan diserah kepada penyelaras setiap 2 minggu. Maknanya 4 kali la kena buat penilaian.

Bidang yang dinilai mengikut modul yang ditetapkan iaitu ;
A  Hormat-menghormati
     - memberi ucapan dan bertegur sapa,
     - berdiri ketika bercakap dengan orang yang lebih tua.
     - menghormati pendapat orang lain.

B  Tolong Menolong
     - memberi pertolongan tanpa disuruh/dipinta.
     - memberi pertolongan tanpa mengharapkan balasan / ikhlas
     - mengambil berat terhadap orang sekeliling.
     - bersungguh-sungguh dalam memberikan bantuan.

C  Mengenag budi/membalas jasa
     - mengucapkan terima kasih di atas pemberian / pertolongan
     - memberikan tanda ingatan sempena peristiwa-peristiwa yang bermakna.
     - mendengar nasihat dan mematuhi arahan.

D  Laras Bahasa
    - menggunakan bahasa yang sopan dan lembut.
    - menggunakan intonasi suara dan gaya badan yang sesuai.
    - Bercakap perkara yang manafaat dan bermoral.
    - memanggil orang lain dengan panggilan yang mesra dan disenangi.
    - penggunaan kata-kata penghormatan yang tetap.

Pelaksanaan awal program  ini ialah pembentukan sahsiah mulia dan motivasi kepada 150 orang murid yang dicalonkan oleh semua guru kelas Tahap 2. Motivasi ini diadakan 2 hari bermula jam 1.00 hingga jam 4.00 petang.

Hari Pertama : 9 April 2014






















Hari Kedua : 10 April 2014

Amalan Senyum Menjadikan Hidup kita lebih ceria dan cergas




Selepas 2 bulan program ini akan diteruskan dengan modul seterusnya sehingga akhir sesi persekolahan tahun ini.
Aktiviti bagi meningkatkan kecemerlangan sahsiah murid:
1. Taklimat Sahsiah Cemerlang oleh PK HEM & Guru Bimbingan Kaunseling 2 kali sebulan.
2. LDK bersama Mentor
3. Penghargaan & Anugerah

Amalkan SMILE & GREET...
dengan SENYUMAN & SAPAAN menzahirkan kasih sayang.
5S - Senyum, sapa, salam, sopan & Sayang.

SAHSIAH CEMERLANG, AKADEMIK GEMILANG..

No comments:

Post a Comment