Monday, April 14, 2014

Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum Semua.

Hari ni nak catat bagaimana nak buat Solat Sunat Dhuha sebagai peringatan diri dan perkongsian bersama. Bila jarang dilakukan, kekadang lupa. Insyaallah selepas ini kena luangkan juga masa sedikit. Buat cara yang paling ringkas, semoga ianya diterima juga oleh Allah swt. 

Solat Sunat Dhuha secara ringkas;

Rakaat : Boleh buat 2, 4, 6,  8,  10  atau  12 rakaat. 
Waktu :  matahari sedang naik hingga sebelum masuk waktu zohor
             (10.00 pagi atau antara 7.00 pagi hingga 1.00 pm)
"Solat Sunat Dhuha ni afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang" (Kitab Al-Majmu,'karangan Imam Nawawi.

Rakaat Pertama:
- Niat :
 (Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala)

- Baca Al-Fatihah 
- Baca surah As-Syams (kalau belum hafal baca je surah pendek - ayat Qursi ke)

Rakaat Kedua.
- Baca Al-Fatihah
- Baca surah Addhuha (kalau xhafal surah pendek pun tak apa spt surah Al-Ikhlas)
- Tahiyyat akhir & Beri Salam


Doa
Mohon Allah murahkan rezeki kita. Berkati kerja kita.
Mohon apa saja yang baik.
Sebaiknya baca doa ini.
                     

(Allahhumma innadh dhuha A dhuha uka, Wal bahaa abaha uka,
Wal jamaala jamaluka, Wal quwwata quwwatuka, Wa qudrata qudratuka, 
  Wal ishmata ishmatuka,  
Allahuma inkaana rizqi fis samma'i  fa anzilhu, 
Wa inkaana fil ardhi fa akhrijhu,  Wa inkaana mu'asiran fayassir hu
Wa inkaana haraama fathahhirhu, Wa inkaana ba'idan fa qaribhu,  
Bihaqqi dhuha ika,  wa baha ika, 
wa jamalika, wa quwwatika, wa qudratika, 
Atini ma ataita 'ibadakash shalihin )

Maknanya:
Ya Allah,
Sesungguhnya waktu Dhuha itu DhuhaMu,
kecantikannya adalah kecantikanMu
keindahannya keindahanMu
kekuatannya kekuatanMu
kekuasaannya kekuasaanMu
dan pelindungannya perlindunganMu

Ya Allah,
Jika rezekiku masih di langit, turunkanlah 
jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah
jika haram, sucikanlah 
jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu dhuha, kecantikanMu, keindahanMu, 
kekuatanMu, kekuasaanMu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan
kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Link doa dhuha.
Boleh baca lanjut tentang Solat Sunat Dhuha di link ini.

Kalau hari bekerja, boleh la buat waktu rehat, 2 rakaat aje. Jangan sampai tinggalkan yang wajib untuk buat yang sunat. Ingat-ingat lah  ye.

No comments:

Post a Comment