Friday, July 25, 2014

Cari dan Musnah Aedes

AEDES...Ada ke kat sekolah saya?

Bagi menjaga kesihatan anak-anak Marian, sememangnya kebersihan kawasan sekolah amat dijaga agar tiada kawasan pembiakan nyamuk aedes. Semua murid sentiasa diingatkan agar menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata bagi mengelakkan jejentik nyamuk aedes ada dalam kawasan sekolah. Sekolah saya pun dah memulakan program sifar plastik, sebab plastik tu juga boleh menjadi penyebab jejentik nak duduk. Setiap hari memang ada murid yang bertugas mengikut giliran kelas menjaga kawasan masing-masing. Tugas utama mengutip sampah dan apa saja yang boleh mengganggu pandangan mata.

Minggu ni ada arahan dari JPN untuk buat Kempen Cari dan Musnah Aedes...
Bukan nak ada arahan baru nak buat, tapi sebab nak laporan terkini, semua murid diingatkan semula dan program terancang diatur agar tak menjejaskan MMI.

Hari Isnin 21hb lepas kena bagi ceramah selepas perhimpunan.
Hari ni sbelum cuti bermula esok, semua guru dan murid sesi pagi mencari dan memusnah aedes... tak jumpa pun, alhamdulillah semua keadaan terkawal, sampah yang dikutip pun xbanyak mana..plastik sampah bukan main la besarnya..

Taklimat oleh Penyelaras sebelum aktiviti dijalankan

Kami dah bersedia...JOM CARI dan MUSNAHKAN AEDES 


Ni cari aedes ke cari cacing...hihihi
 Ahli Kelab Doktor Muda pun turut membantu
                                 
                                 
 
Terima kasih atas kerjasama semua. Kat rumah kena buat jugak ye.


No comments:

Post a Comment