Saturday, July 26, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Cuti Hari Raya selama seminggu. Seronok tak terkira la..
Menjadi kebiasaan bila nak bercuti sambut Hari Raya, ada perhimpunan untuk menyampaikan pesanan sebelum bercuti dan memberikan sumbangan kepada anak yatim dan anak-anak yang kurang berkemampuan.
Sumbangan duit raya dan kuih raya ini diuruskan oleh Jawatankuasa Kebajikan Sekolah. Terima kasih ye kepada semua guru dan anak-anak Marian yang memberikan derma sumbangan. Semoga Tuhan akan membalas segala kebaikan anda.

Anak-anak Marian Sesi Pagi yang menerima sumbangan Hari Raya
   
Suasana bermaaf-maafan antara guru dan murid dan sesama guru

 Hahaha..last sekali apa lagi rakaman kenangan untuk menyambut lebaran,
 berpisah sementara untuk bertemu sanak saudara di kampung halaman.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir batin atas semua kesalahan dan kesilapan,
Andai terguris hati dan perasaan sepanjang kita bersama dalam tugsasan seharian.
Semoga bertemu lagi di ramadhan akan datang.
Selamat bercuti, hati-hati dalam perjalanan menuju destinasi masing-masing....
Selamat balik kampung......  yang ke Kedah, Selangor,Terengganu, Kelantan, Perlis, Negeri Sembilan dan yang dalam Perak jugak... yang dok ipoh jangan bersedih dah memang duduk dekat dengan emak dan ayah.. bertuah duduk dekat dengan mereka.
Tak sabar nak balik kampung ni, sambil-sambil mengemas rumah... esok baru dapat balik.
Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin.


No comments:

Post a Comment