Saturday, August 30, 2014

Cendawan tumbuh melata di Sekolah Saya

Satu lagi sudut pembelajaran yang wujud secara semulajadi di persekitaran sekolah saya. Menjadi pusat pembelajaran sains. Kebetulan pokok kayu ni bersebelahan dengan wakaf Sains dan Matematik.
Ada anak murid saya tak pernah tengok pokok cendawan, selalu tengok dalam pinggan atau di pasaraya kan. Nak disentuh takut beracun, tunggu dulu kita buat kajian sama ada cendawan ni jenis beracun atau tidak. Kalau tak boleh la dikutip, goreng pun sedap.. Kita serah pada Pn Maznah Saidi, Ketua Panitia sains sekolah saya buat kajian ye.

Tunggul kayu tu ada keseniannya, sayang pulak nak dibuang. Ada tunas dahan yang tumbuh pulak tu. Keadaan yang lembab membolehkan cendawan tumbuh melata.




 Esoknya tengok dah mengembang ni....main banyak. gerammmmmm rasa nak kutip je.

Tak tahu la ni cendawan jenis apa. Zaman saya kecil dulu, selalu cari cendawan kukur di kawasan pokok getah yang ditebang untuk ditanam semula... teringat nostalgia zaman sekolah rendah dulu.

Nak tahu maklumat lanjut tentang cendawan boleh la intai laman web jutawan cendawan ni...
 http://cendawanglobal.blogspot.com/search/label/Jenis-jenis%20Cendawan

 Nak tengok cendawan yang pelik-pelik ni, geli pun ada bila menengoknye..
 http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=804184

Hari ni nak masak cendawan, tapi bukanlah cendawan yang ini, sayang nak cabut..hihihi
ok jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment