Saturday, August 30, 2014

Macam ni rupanya orang buat rakaman

It's WORKING

Rakaman Kejayaan Sekolah Saya sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi dalam Program Tranformasi Kerajaan  (GTP - Goverment Tranformation Programme) oleh Unit PEMANDU (Performance Management & Delivery Unit).
Ada rakaman yang dah dirancang dan ada rakaman secara spontan, terkejut la jugak mereka yang kena rakam secara tiba-tiba tu, jawapannya pun spontan je la.

Tetamu yang hadir pada hari penggambaran.
1. Pn. Faridah Yang Razali - Ketua Penolong Pengarah
    Sektor Perhubungan dan Pengurusan SBT, BPSBPSK KPM Cycberjaya
2. En Shamil Haqim - PEMANDU Putrajaya
3. Engku Fazuin Engku Azahan - PEMANDU Putrajaya
4. Cik Amalina Zaki - PEMANDU Putrajaya
5. Pn Juliana Affandi Tan - MUSEMEDIA
6. Edvard Loh - MUSEMEDIA - jurugambar

Seluruh warga SKMC terlibat dalam rakaman ini, apa saja aktiviti telah dirakam. Rakamannya bermula jam 1.30 petang hingga sesi persekolahan berakhir dan ibu bapa mengambil anak sekitar jam 6.45 petang. Hari tu kami balik pun jam 7.15 petang....seharian di sekolah.

Perbincangan lokasi sebelum penggambaran

                       
                                         
               

Sekitar rakaman temubual yang dijalankan.
Rakaman eksklusif bersama Guru Besar dan NYDP PIBG tak sempat saya nak snap. Dan tak dapat nak mengejar pergerakan juru gambar yang pergi ke merata sudut sekolah. Kita tunggu rakaman penuh je la nanti, katanya akan diupload dalam youtube. Tungguuuuuuuu.

Comel senyuman anak-anak Marian ni.

Sementara mereka membuat rakaman, kami pun bergaya la dulu di halaman yang semakin cantik tu.

             

Bila pegang kamera, gambar sendiri tak la banyak kan.
Tak tahu nak pandang kamera yang mana satu....
Shoot yang paling ngammmmmm oleh jurugambar profesional.
Senyum siapa paling cute..hihihi























It's WORKING ....

No comments:

Post a Comment