Saturday, August 30, 2014

Penaziran Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan

27 Ogos 2014 - Selamat Datang ke SK Marian Convent, Ipoh

1. Dr Harery Abu Saad  - JNJK Putrajaya
2. Abbul Aziz b. Wahab - JNJK Putrajaya
3. Abdul Nasir Abdul Aziz - JNJK Perak
4. Anuar bin Omar - JNJK Perak
5. Chong Chee Khoon - JNJK Perak
6. Ahmad Karim b. Said - JNJK Perak

Mereka datang seawal 7.15 pagi,
7.40 pagi semua nazir dan pentadbir berkumpul di bilik gerakan untuk taklimat awal.
Selesai ucapan aluan dari Ketua nazir Dr. Harery , guru besar memberikan taklimat mengenai kecemerlangan sekolah melalui powerpoint.  Seterusnya mereka membuat pemeriksaan penilaian dengan memantau sesi pembelajaran beberapa orang guru, memantau persekitaran sekolah, menemubual beberapa orang guru dan murid dan  melihat fail yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Dokumen pemeriksaan adalah untuk sesi 2013 berdasarkan SKPM 2010 (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia)

                       
                       
Sesi penutupan diadakan pada jam 1.40 petang. Jam 4.00 petang selesai semua pengumpulan maklumat oleh Jemaah Nazir.
Tahniah dan terima kasih kepada semua warga sekolah yang memberikan kerjasama.
Semoga ada rezeki untuk Sekolah kita. Pertambahan ilmu yang diperoleh hari ini akan digunakan untuk penambahbaikan pada masa akan datang. Insyaallah.

No comments:

Post a Comment