Thursday, August 14, 2014

Seminggu sibuk dengar taklimat kat sekolah orang...rindu pulak kat SKMC

4 hari tak datang sekolah?.
.kebetulan perkara ni berlaku berturutan tarikhnya dalam minggu ni.
Macam elok je disusun tarikhnya. 

Bermula hari Isnin,
 jam 1.50 dah keluar dari kawasan sekolah 
untuk mendengar taklimat pertama di SK Jelapang
kena mewakili guru besar sebab masa ni Boss saya berada di Manila, Filipina. 
Dah hampir 2 minggu dok sana.
Tuan PPD beri ucaptamanya, sekolah saya jadi Sekolah Rintis Program PPPM Daerah Kinta Utara - Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdP alaf ke 21). Kena fahamkan betul-betul sebab balik nak kena sampaikan kepada GB n cikgu-cikgu bagi melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

Hari Selasa n Rabu pulak dari pagi hingga petang dok di SJK(C) Ave Maria Convent, 
berkumpul semua Penolong Kanan HEM sekolah menengah dan sekolah rendah. 
Dok dengar taklimat dalam semua bidang  yang berkaitan dengan pengurusan  hal ehwal murid. Bertambah ilmu dan pengetahuan dalam pengurusan Hal Ehwal Murid. Ok jugak, dapatlah berjumpa dengan kekawan lain. Semoga tugas dan tanggungjawab ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan berkesan.

Hari ni pulak ke SMK Raja Permaisuri Bainun.
 Ni lagi nak kena faham betul-betul. Pertama menjadi Ketua Pengawas Peperiksaan UPSR. 
Dah diarahkan, kena la terima tanggungjawab. Fikir positif, ini satu pengalaman yang boleh dijadikan panduan dalam pengurusan pelaksaan peperiksaan awam. Dengar taklimat tadi teringat masa dengar taklimat nak jadi pegawai pilihanraya dulu. Kena tahu proses kerja yang perlu diketahui dan tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku perkara-perkara luar jangka. 
 Esok sehari lagi... nampaknya minggu depan la baru dapat jumpa anak-anak Marian.
Bila dah sibuk di luar, tak sempat la nak singgah di sekolah,
 lalu tengok signboard sekolah je buat melepas rindu....

Malaysia.. di sini lahirnya sebuah cinta
SKMC... di situ lahirnya insan berjaya

No comments:

Post a Comment