Monday, September 8, 2014

UPSR dah tiba, Goodluck Semua..

UPSR semakin hampir...
hari ni last buat preparation...
Dewan dan  bilik semua dah siap sedia. teratur susunannya. Mudahan-mudahan semua calon selesa.
Calon di sekolah saya 118 orang.  80 orang di dewan, 20 orang di bilik 1 dan 18 orang di bilik 2.
Terima kasih  Pn. Rozayau selaku SU Peperiksaan Luar yang menguruskan dengan baik bersama semua guru Tahun 6 dan pekerja sekolah. Pengurusan yang terbaik dengan pemantauan PK Pentadbiran Pn. Sharifah Nor.
                        
 

Pagi tadi diadakan majlis doa restu kepada semua calon di hadapan sekolah.

                       
 
 
Taklimat terakhir oleh Setiausaha Peperiksaan, mengingatkan semua peraturan yang harus dipatuhi sepanjang masa peperiksaan. Semuanya inginkan yang terbaik demi kelancaran dan keselesaan calon.

Sempat memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak Marian. Esok tak dapat bersama mereka.
Semoga mereka akan dipermudahkan dalam segala urusan. Diberikan kesihatan dan ketenangan sepanjang menjawab soalan. Cikgu dah memaafkan semua kesalahan dan menghalalkan segala ilmu yang diberi, semoga kamu semua tenang dan senang menjawab semua soalan. Senyum boleh ye tapi jangan sepanjang masa tersenyum seorang-seorang
5A pasti boleh, yakin boleh..
                         
                                      

Alat tulis yang akan diberikan kepada semua calon.
                                               

Goodluck Semua.

1 comment:

  1. terima kasih kerana cikgu sudi mengajar anak saya di sekolah cikgu dengan baik.

    ReplyDelete