Saturday, January 31, 2015

Kursus Tranformasi Negara di Kem Bina Negara Balik Pulau

Dah hampir 27 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam, baru la dapat berkursus Biro Tata Negara.
Dulu muda-muda pernah jugak kena hadiri kursus ni, tapi menolak sebab masa tu baru habis pantang...jaga baby... bila dapat ni ok gak.. satu pengalaman.
Bila dah hampir separuh abad, buat yang mampu je... KKTM ?... 3 tahun dulu (2008-2010) berulang alik antor n ambik anak tanda dah sampai Balik Pulau.

Mana yang tak pernah pergi Kursus Tatanegara.. tertanya-tanya la macam mana tempat kursusnya. Kem Bina Negara bukan macam hotel ye... Di sini kita diajar menghargai semua perkara, bertanggungjawab dan bekerjasama. Yang penting belajar fokus dan mengikut arahan... menghargai masa dan berfikir sebelum bertindak... diri menjadi lebih patriotik.  Jom berkongsi pengalaman saya selama berada di sini...(walaupun rasa berat nak datang, banyak perkara nak disediakan kat sekolah tu tapi direlakan jugak, sesekali biar orang rindu...ada ke yang ingatkan kat saya ye) . cara orang tua berkursus tak ada lasak sangat. Kot-kot sape-sape lepas ni kena kursus macam ni ada la persediaan sedikit.

Jom ikuti program saya selama 3 hari 2 malam bermula 27 Januari - 29 Januari 2015


Jam 8.30 dah sampai berkumpul di PPD Kinta Utara, En abang hantar kena awal la..
Ambil peluang bersembang2..jumpa kekawan lama.
Kak Mimi sahabat semasa bertugas di SK Rapat Setia. Sekarang PK Pentadbiran di SK Simpang Pulai. Ramai lagi geng lain yang pergi. Pesertanya terdiri daripada Penolong Kanan (PKP, PKHEM, PKKK) wakil Sekolah Rendah  dan Penolong Kanan dan Ketua Bidang bagi Sekolah Menengah serta beberapa orang Pegawai PPD.  Jam 10.30 baru bas sampai, Jenuh 2 jam menunggu ..


Sepanjang perjalanan ke Balik Pulau, Pulau Pinang. Dapat peluang melalui Jambatan ke 2 Pulau Pinang, kalau pergi sendiri menaiki kereta tak dapat melihat pemandangan yang cantik macam ni...


Kami sampai jam 1.30 petang... terus mendaftar dan mendengar taklimat di dewan,  Dapat tanda nama, beg dan pen.. Selesai taklimat penginapan terus tarik beg masuk dorm, berpusing-pusing la mencari bilik... lambat masuk dapat la katil tingkat atas....hehehe tapi tak naik atas pun, malam tarik tilam ke bawah... jangan susah hati cadar, sarung bantal n selimut disediakan. Dormnya bersih.  Kat hujung sana tu la tempat saya.. kami dok 14 orang dalam dorm ni.

Letak beg je, kena pulak berkumpul semula di dewan makan... nak makan tengah hari tapi jam 2.30 petang. Dewan makannya  bersih dan tersusun rapi.
Adab makan di dewan makan...
Semua masuk tak ada yang terkecuali, duduk sedia, Penghulu, Pembaca doa dan Penghuluwati berdiri di hadapan.  Bacaan doa makan dan diikuti beramai-ramai oleh semua peserta
 Penghuluwati menjemput semua peserta makan....
Kawan-kawan.... Ya.... Jemput makan...... Terima kasih ( jawab dan tunjuk gaya sekali)
                                                hihihi ni la gayanya...

 ni la tray yang tersedia menu untuk setiap kali waktu makan
tak perlu berbaris mengambil makanan, tiada pembaziran masa
                       
Selesai makan, basuh sendiri semua alatan yang kita guna - tray, gelas dan sudu...basuh bersih-bersih depan dan belekang, kemudian lap hingga kering, pas tu susun semula seperti sedia kala, bekas nasi dan jag serah di kaunter dapur, lap meja makan, bangku dirapatkan... Tak kira darjat, semua buat macam tu, dah itu adab di dewan makan Kem Bina Negara. Perdana Menteri pun basuh pinggan sendiri. (di dinding tergantung frame gambar Tun Abdullah Ahmad Badawi sedang membasuh pinggan). Ada la snap gambar tu tapi blurrr.
                                Ni la ruang basuh pinggan.

Selesai makan, balik dorm, solat, minum petang n kumpul semula di dewan...
Kat dalam dewan ni semua aktiviti berlangsung..dengar forum, ceramah dan aktiviti kumpulan PKPK
Adab dalam dewan kuliah...
Penghulu mengarahkan semua bangun, Nyanyian lagu semangat... Lagu 'barisan kita' dan 'bangsa berdaulat',  Melapor kepada penceramah/fasilatator.... duduk. Nak bersurai pun kena lapor juga.                                      
                                       
                       
Tiga orang ni la fasilitator kami Tn Hj Husaini Ibrahim, En Khairudin Mohd Azahari (Pensyarah Kolej Perubatan Bersekutu Ulu Kinta dan En. Noor Azni Yahaya (pensyarah IPG)
                                     
Pemandangan dari dorm ke dewan besar....setiap hari entah berapa ribu langkah berjalan...sakit lutut dan tumit kaki ni. namun digagahi jua...hihihi

Aktiviti waktu riadah pagi dan petang...boleh santai-santai... tapi berfokus

Jadi keanak-anakan sekejap..buat aje apa yang disuruh, Balik sekolah nanti boleh la dipraktikan bersama anak-anak murid kita. Seronok main ni. Pagi beriadah di padang kawad , lepas zohor aktiviti indoor buat dalam dewan...kat luar panas ..
 Angin bertiup..
bertiup be arah mana.... (buat kumpulan.....)
nyanyi ni yang seronok,
karipap, karipap , kuih bakul karipap 2X
kuih bakul , karipap
papedum, papedum
kuih bakul , karipap.....yehhhh

Selepas minum petang berkumpul semula untuk aktiviti riadah...sempat lagi berposing sambil menunggu jurulatih panggil.. menambah kenalan.
kami dibawa menyusuri pantai, Memang suka sangat dapat turun ke pantai tu..hihihi
Bersama kumpulan beraktiviti.... Geng Datuk Maharaja Lela
 Meninggalkkan jejak kaki di pantai yang pernah mengalami tsunami

Pantang jumpa papan tanda dan nak juga berselfie

Solat maghrib dan Isyak kena berjemaah...lepas tu ada tazkirah..
Solat subuh pun wajib berjemaah,,, kena turun 5.30 pagi sebab tazkirah mula awal. Jadi kena bangun awal la...ala bukan tak biasa, kat rumah pun bangun awal...Mandinya pun kena cepat..mandi tak perlu risau, tak perlu nak berebut-rebut bilik air... mandi ramai-ramai..satu pengalaman sape yang tak biasa mandi kat kolah. Tak ada 'water heater'. Kasut kena susun macam tu tau, senang nak cepat melangkah balik...
Betul tak kata saya, bilik airnya bersih. Nak basuh pakaian pun boleh..
 jemur sekejap dah kering, kalau cuaca panas la. 

Masuk hari ketiga udah tak larat, lutut dan tumit bertambah sakit, jalan pun dah slow...dah tak sabar nak balik...tapi sempat lagi bergaya-gaya dengan bas yang membawa kami ni...tak tahu bila pulak naik bas ni lagi. Terima kasih en driver...

buat muka tak malu je..
Naik bas .... terus lena, keletihan sangat... entah-entah berdengkur, semua tak sedor apa lena sama kot. Kekawan semua sporting dalam bas tu semua wanita...eh..driver je lelaki. suka hati kami la ..hahaha.

Alhamdulillah selamat sampai di Ipoh jam 7.00 malam...
Satu pengalaman yang berharga... Ilmu yang diperoleh insyaallah akan dikongsi bersama.
Terima kasih semua...




Monday, January 26, 2015

Jaringan bersama SK Methodist Parit Buntar

24 Januari 2015
Program Jaringan ICT - Perkongsian pembinaan laman web php
dan Perkongsian ilmu dalam pengurusan Pusat SumberSekolah

Jam 7.00 pagi kami bertolak dari SK Marian Convent dengan sebuah bas. Rombongan Cik Kiah menuju ke Utara... Jam 10.40 pagi kami  tiba di SK Methodist, Parit Buntar. pertama kali saya sampai di sini. Ketibaan kami disambut mesra oleh Guru Besar dan Guru Penolong Kanan dan guru-guru sekolah yang juga sedang sibuk membuat persiapan untuk pemantauan.
Kawasan sekolahnya luas dan bangunan sekolah yang tersergam indah berbeza dengan sekolah saya yang tidak luas kawasannya.
                                     
 Terus masuk ke Bilik ICT - serba lengkap dan susunan yang menarik 
dengan info yang sebagai sumber ICT.
 Taklimat diberikan oleh Guru ICT SK Methodist Parit Buntar - Cikgu Tashir
 Gaya cikgu-cikgu mendengar taklimat dan membuat latihan amali
Tanda jaringan bermula dan penghargaan kepada SK Methodist

 Di kantin SK Methodist

Sempat lagi bergambar sebelum pulang















                                
 Jam 3 petang singgah makan-makan Mee Udang Mak Jah 
di Kuala Sepetang
Jam 7.00 pm selamat sampai di SKMC

Semoga jaringan ukhuwah ini akan berterusan.
Terima kasih kepada Ustazah Hajah Zaleha dan
Jawatankuasa Kelab Guru yang merealisasikan program ini.