Saturday, May 30, 2015

Malam Penghargaan Sempena Hari Guru 2015

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua

Mei datang lagi. Bulan Mei ni sangat sinonim dengan kaum guru. Saban tahun pada 16 Mei Sambutan Perayaan Hari Guru disambut di peringkat kebangsaan. Dikuti peringkat negeri yangtarikhnya tertakluk kepada negeri masing-masing, begitu juga dengan peringkat sekolah. Di Perak tahun ni semua sekolah diarahkan sambutan Hari Guru diadakan pada 18 Mei iaitu pada hari Isnin kerana 16 Mei jatuh pada hari Sabtu.

Di sekolah saya ni telah menjadi tradisi, Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru akan menganjurkan Majlis Jasamu dikenang khas untuk merai dan mengenang jasa guru-guru serta bekas ahli PIBG. Tahun ni temanya lebih glamour.. Majlis diadakan di Executive Club Casuarina@Meru..bermula jam 7.45 malam. Suasananya santai dan exclusive...
Ada red carpet lagi... terlalu istimewa sambutan malam tersebut. Datang merehatkan diri dan minda, pada hal esoknya saya ada exam semester akhir program pensiswazahan guru. Untuk esok tawakkal aje. Malam ni kita glamourkan diri.. hihihi pada hal saya ni bukan la glamour sangat cuma suka sangat bergambar untuk dijadikan kenangan. Bergambar dengan yang sudi bergambar dengan saya.


 
                             
                                      
 Di antara mereka yang glamour...
 
 
 Di celah-celah mereka yang riang gembira
 Tak puas lagi berposing di red carpet 
 Memori indah bersama mereka yang banyak berjasa
 Ni la juara.... paling glam malam ni..
hihhi nak dapatkan auranya posing kali ke 2 setelah diumumkan.
Top 4 pilihan paling glamour... hitam menjadi pilihan, hitam itu menawan
Yang sempat dirakam .... menggambar gaya-gaya yang glamour 
 
 
 
 
 
 
 
Tu dia depa dok melepas perasaan.. 
udah tak larat menanti mereka
Tu raga merah ...hadiah bertuah yang dibawa pulang.


Pulang dengan kepuasan.. Tahun depan pasti ada cerita Hari Guru lagi, selagi bergelar guru
Terima kasih semua.


Thursday, May 28, 2015

Penyerahan Sumbangan Buku Terpakai

Hari ini diadakan kutipan secara rasmi.
Tujuannya menambah koleksi bacaan di sudut baharu yang akan dibina di kantin sekolah.

Terima kasih atas sumbangan semua. Selepas ini kalau masih ada yang nak menyumbang pun masih diterima.