Friday, July 10, 2015

Bilik Baharu Saya

Meh masuk.... dalam ni sejuk sikit, cuma ruangnya sempit sikit la sebab ruang untuk almari lebih sikit . tapi ok, tak perlu nak hias lebih-lebih n pamer maklumat banyak sangat, just yang perlu aje... iishh ada ke yang yang tak perlu, sebenarnya lagi banyak yang perlu diketahui selalu....

Maaf ye, Bukan nak menunjukkan, sekadar untuk kenangan masa hadapan. Kita pun bukan selamanya di sini, cukup masa dan ketika tempat ini akan dimiliki oleh orang lain pulak. Begitulah putaran hidup kita. Setiap perhentian hanya sebuah persinggahan sementara. Terpulang pada setiap individu menjadikan ruang kerjanya selesa dan memberi makna n citarasa tersendiri.

Masuk je terus cermin diri, 

Bunga dan kata motivasi yang akan tersimpan di sini, 
kenangan dari kak Pah.
 
Ni tempat tetamu menanti untuk sementara. Di tepi bilik saya.
Letih-letih dalam bilik, boleh duduk bersandar sekejap sambil baca newspaper.
                                       
Meja untuk buku kedatangan dan buku laporan Mingguan.
Terletak di ruang menunggu ,  betul-betul di hadapan bilik saya.

Hari pertama memulakan tugas rasmi dalam bilik ini (19 Jun 2015),.. dan hari-hari seterusnya
 

yang lama tetap dikenang....
Lagi seminggu genap 4 tahun di sini SK Marian Convent...
4 suasana bilik dirasai. Rezeki SBT sekolah saya semakin cantik dan bilik pentadbir telah diupgrade.
Daripada duduk di celah-celah fail pejabat bersama Penolong Kanan 1,
Bertukar duduk bertiga sebilik bersama PK Kokurikulum dan PK Petang
Lepas itu dapat pula seorang 1 bilik...alhamdulillah...
kemudahan dalam keselesaan melaksanakan tugasan...

Di mana bumi dipijak, Di situ langit dijunjung.

#carigambarbiliklamatakjumpala
#carisampaijumpa
#haraptakterdelete

No comments:

Post a Comment