Sunday, November 29, 2015

SK Marian Convent Top In Perak UPSR 2015

Tahniah kepada seluruh warga sekolah

Kejayaan Hasil Perjuangan yang berterusan...










Calon : 113 orang
Lulus  :  100%
5A  :  29 orang
4A 1B : 34 orang

GPS:  1.40

No 1 di Negeri Perak
No 3 antara Sekolah Berprestasi Tinggi (64 buah sekolah)
Senarai penerima  Slip 5A UPSR 2015
Aesya Fatihah, Afnan Jamilah, Amanda Lee, Ammitha, Brenda, Chin Yeee Ling, Chrislyn Neha, Farah Nazirah, Iris Lee, Ishani, Jaysree, Jessica, Keetashiny, Lee Kai Rou, Ling Hwei Sze, Nur Alya, Nur Auji Naqibah, Samantha, Sarennya, Serene, Shameera Jessie, Soolini, Sujitra, Tarshnee, Tiffany Wong, Ugathareni, Vassalyn, Vidhyasri, Wong Suet Teng.


Debarannya bermula di sini
Menerima keputusan daripada Puan Guru Besar.... debaran memuncak..

 Menerima kunjungan Pegawai-pegawai PPD Kinta Utara untuk mengumumkan dan
 menyerahkan slip keputusan UPSR kepada calon-calon sekolah
 Barisan Pegawai PPD yang hadir
En Abdul Manaf bin Asmuni - Timbalan PPD Kinta Utara
Puan Amnah bt Jalaluddin - Pen PPD Bahasa Melayu (SM)
(Penghuluwati SK Marian Convent)
En. Nik Mohd Ahsraf bin Raja Berahim - Pen PPD Bahasa Melayu (SR)
En Azmil Khusaini bin  Khalid - Pen PPD Bahasa Inggeris (SR)
Puan Juma'ayah bt Ibrahim - Pen PPD Matematik Sains 
Cik Farah Hafiza bt Mohd Yusop - Pen PPD PBS (M) 

 
 
 Guru Besar menerima Sijil Penghargaan daripda PPD Kinta Utara atas kecemerlangan Sekolah Terbaik Pencapaian UPSR 2015 Daerah Kinta Utara dan Perak. 

Puan Guru Besar menyampaikan Slip UPSR kepada Calon yang lulus semua mata pelajaran

  Timbalan PPD menyampaikan Slip UPSR kepada calon yang mendapat 4A dan 5A

 Kegembiraan terpancar pada wajah semua guru dan murid. 
 Tenaga Pengajar Tahun 6 bersama wakil murid yang mendapat 5A.
 Tahniah dan Terima Kasih kepada semua yang menyumbang kepada kejayaan ini.
Komitmen guru, pentadbir, ibu bapa, PIBG, korporat serta murid itu sendiri yang menghasilkan kecemerlangan ini.
Sekalung penghargaan untuk anda semua.
Hanya Tuhan yang membalas pengorbanan kalian...

Saturday, November 28, 2015

Marian Variety Nite 2015 memang best

Tarikh:  6 November 2015
Tempat : Auditorium RTM Ipoh
Masa : 8.00 mlm - 10.30 mlm
Tetamu VIP:
1.  Cik Noor Aida bt Ahmad - Penolong Pengarah Projek Khas/SBP/SKK, JPN Perak
2.  En Badrulhisham bin Yusoff - Penyelia Sekolah Rendah PPD Kinta Utara
3.  Tuan Haji Yaacob bin Harun - YDP PIBG SK Marian Convent

Acara : 19 acara yang pelbagai
   1. Koir Tahap 1
   2. Tarian Rampai Melayu
   3.  Nyanyian Solo - Esya  "Maharani"
   4. Modern Dance Tahap 1
   5. Fashion Show Tahap 1 (27 orang)
   6. Choral Speaking
   7.  Solo -  Maizatul Husna Sofea - "Maya Percintaan"
   8. Chinese Action Song
   9. Retro Dance Tahap 2
  10.Indian Dance  Tahap 1
  11.Action Song Tahap 1
  12.Solo - Saiditina -"Diam-diam Rindu"
  13.Ilqa Haraqi Tahap 2
  14.Modern Dance Tahap 2
  15.Solo Instrumental - April Chan
  16.Lagu Medley Tradisional Tahap2
  17.Korean Muzikal Tahun 6
  18. Solo Singing - Serene
  19. Teater Muzikal

Juruacara:  Cik Mardzuani bt Mohd Ridzuan
                                     
VIP yang hadir


Acara pembukaan... koir Tahap 1
 Persiapan dan menunggu giliran ... di belakang pentas


Tak sabar menunggu persembahan..
 
 
 Penutup persembahan... nak tengok gambar-gambar lain leh la intai 
di FB SK Marian Convent Ipoh
Kenangan di malam MVN
 ..
Sahabat bersama 3 anaknya yang mengambil bahagian.                                                                


Tahniah dan Terima Kasih Semua.

Thursday, November 5, 2015

Johan Pertandingan Robotik Kebangsaan

Tahniah untuk Team Rekabentuk dan Inovasi STEM
JOHAN KEBANGSAAN 2015... 
Jurulatih : Pn Norlaila  bt Harun
Peserta : Ishani Manivanan
               Jessica
               Farah 

Tarikh : 29 -31 September 2015
Tempat : Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang


 


Semasa sesi penghakiman

    Di meja pertandingan


Sempat lagi menenangkan emosi selepas pendaftaran di Akuarium Pulau Pinang.


Tahniah.... Semoga terus cemerlang


Tuesday, November 3, 2015

Bersama Puteri di Hari Kanak-Kanak SK Marian Convent 2015

Tarikh : 3 November 2015
Jalinan bersama Hotel Seri Malaysia
Tempat: Laman SK Marian Convent

Acara Majlis:
10.00 pagi  - Jamuan makan
11.00 pagi  - Majlis Anugerah Sahsiah
12.00 tengah hari - Persembahan Murid
12.50 tengah hari - Bersurai

Sesi petang bermula jam 3.00 petang  Tapi tak sempat bersama mereka.                          
Anak-anak yang berbaju putih dan peach... tahun ni temannya  puteri-puteri Marian..
Saya pun nak jadi puteri la tapi tak kena baju nye...
bersiap nak jadi puteri la kononnye ni. Adik2 kat pejabat yang sporting mendandankan...


                                   



                                      
 
Teringat kek yang banyak disumbangkan oleh parent. Terima kasih semua.
   
                     
. Selamat hari Kanak-kanak 2015...