Wednesday, December 23, 2015

SK Marian Convent Sekolah Terbaik Keseluruhan di Perhimpunan Bulanan Disember JPN Perak

Dalam melalui hari-hari terakhir bulan Disember 2015, banyak pengalaman yang ditimba.. akan menjadi memori dan langkah awal untuk terus cemerlang menerajui dunia pendidikan yang semakin mencabar...

Rasanya ni kali kedua menghadiri majlis perhimpunan bulanan Jabatan Pendidikan Perak. Hadir mewakili bos saya Pn Hajah Rogayah yang sedang bercuti bagi menerima Sijil Penghargaan untuk pencapaian sekolah yang cemerlang dalam UPSR 2015...

Alhamdulillah atas penerimaa Sijil Penghargaan

1. Pencapaian Kualiti Terbaik (100%)
2. Pencapaian GPS Terbaik  (1.40)
3. Pencapaian Terbaik Keseluruhan

Tiada kata yang dapat digambarkan hanya.. syukur alhamdulillah.
Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih bersama seluruh warga Marian.
Bersama Pengarah JPN Perak Tuan Haji Rozi bin Puteh Ismail dan Pegawai PPD dan Guru Besar
penerima sijil Penghargaan.
                                                        
                            
 Tahniah juga kepada Cikgu Nurul Asyiqqin bt Ahmad Shukry yang menerima Sijil Penghargaan
 atas penglibatan cemerlang dalam program Frog VLE...Semoga terus berjaya.
                           

 Alhamdulillah... Syukur dengan kejayaan yang diterima.
Tahniah dan Terima kasih semua.

No comments:

Post a Comment