Wednesday, January 27, 2016

NPQEL: Petang-petang tengok Strawberi di Genting Highlands

Kat Genting Highlands ada strawberi ke. ingat kat Cameron Highland je. Ye...jangan tak tau kat Genting Highlands pun ada Strawberry Park, Mini Cameron Highland pun ada kat Genting ni. Ye la kan selalunya bila sebut Genting aje, orang akan terus terlintas roller coasternya, taman tema di puncak gunung, hotel awana dan bar kan.

Jom ke Taman Mini Cameron Highlands yang terletak di tepi laluan ke Kuantan. Sesiapa yang ke Pantai Timur melalui jalan Batang Kali-Genting Highlands pasti akan mealui Taman Mini CH ni.. Rehat sebentar menyejukkan enjin kereta dan membasahkan tekak dengan strawberry chocolate..
                         
          
Cendawan pun ada jugak...
                        
 
 Sayur Sawi dan Salad  yang baru membesar.
                          
 Ingatan ke CH dan A Famosa
 Penggemar bunga juga disediakan anak-anak pokok untuk dibawa pulang,
bukan freee tau..
                          
 Laluan ke kebun strawberry yang dipenuhi dengan bunga ros dan pokok buah markisa.

                           
                           
Teman sepanjang jalan hari ini... Zaizar, Rahmah dan Halimatus

Peserta NPQEL atau sesiapa yang berkursus di IAB Genting Highland, nak rehatkan mata boleh la ambil peluang ke sini.. selain melihat sayur dan buah strawberi ada juga gerai makan dan cenderamata..
Esok petang dah plan nak ke Strawerry Park pulak.... nak ikut jom la..

No comments:

Post a Comment