Saturday, April 30, 2016

Bersuka-suka dengan Acara Pelantikan Pandu Puteri Tunas


Terkenang zaman aku bergirl guide sejak zaman sekolah rendah, sekolah menengah dan di Maktab Perguruan.
Bila posting dan menjadi guru sejati... banyak berkecimpung dalam aktiviti kepanduan.


Biarkan gambar yang berbicara


 
            
                          
                                     
Dikesempatan akan datang nanti akan saya ceritakan bagaimana Tatacara Pelantikan Pandu Puteri Tunas ye... TOS..TOS..TOS..
Ok... jumpa lagi di next entri.

Friday, April 29, 2016

Tahniah Ainny di Majis Hari Anugerah Cemerlang SMK Raja Perempuan 2015

Salam SKMC excellent dan Salam Perak Excellent...
Hari ini agak sibuk sikit... eh banyak jugak sibuk dan menyibuknya. Sampai kat sekolah seawal 6.50 pagi, sampai-sampai  buat relief untuk guru yang tak hadir dan untuk diri sendiri yang keluar sekejap dengan izin Guru Besar... waktu mengajar hari ini hanya sejam Pendidikan Moral...
Suka-sukakan diri hari ini..

Pagi ni nak ke sini sekejap... SMK Raja Perempuan Sekolah Kluster Kecemerlangan.


Sebagai memberi perangsang kepada anak yang menerima penghargaan atas kejayaannya dan Lulus Ujian Bahasa Antarabangsa DELF (Bahasa Perancis) di SMK Raja Perempuan Ipoh. Selalu tengok anak murid naik pentas di Majlis Hari Anugerah Cemerlang...
Tahniah adik Ainny Farah Anna bt Yusof... semoga terus cemerlang dalam semua bidang. Hihihii.. peliknya tak sempat nak mensnap gambarnya ketika atas pentas, nama dipanggil baru tersedar, tengok dalam buku aturcara tak sama susunannya.... alhamdulillah sempat diambil gambarnya sebelum jubah diserahkan semula. hihihi lagi sekali rasa ralat tak bergambar dengan Ainny ni... tak pe dik, belajar rajin2 next year naik pentas lagi ye... dengan ayahnya pun oleh lupa nak berselfie... ish ish ish.. Tunggu gambar dari jurugambar profesional ye.

Selain melihat anak menerima anugerah, dapat juga saya membuat tugasan NPQEL buat log kepimpinan, ikutkan boleh buat 2 log, ucapan Puan Pengetua Datin Hajah Rogayah bt Sukor dan Ucapan Perasmi Datuk Azizul Kamal Abdul Aziz, Pengarah Pembangunan Parlimen Tambun yang mewakili Menteri Kewangan II Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah.  Ucapan yang menunjukkan cara kepimpinannya mereka untuk memajukan organisasinya dan pendidikan anak-anak. Gaya ucapan yang berkarisma dan banyak teladan membuatkan saya leka mendengar....



Selain anak sendiri yang menerima anugerah, bekas anak murid pun menerima anugerah juga .... Nur Annisa bt Shaharuddin (SK Rapat Setia) anugerah paling utama Tokoh Murid atas kejayaan yang cemerlang dalam SPM 2015 (8A+,1A) dan Nur Syafiqah bt Aminuddin (SK Marian Convent) kejayaan cemerlang dalam PT3 (10A) dan ramai lagi bekas anak-anak Marian yang menerima hadiah cemerlang mereka. Tak berkesempatan nak berfoto dengan mereka.... masing-masing sibuk meraikan kejayaan bersama rakan-rakan.

Tahniah Ainny , Tahniah semua, semoga anda semua akan terus cemerlangan di dunia dan akhirat. Menjadi anak-anak yang soleha.

Cerita hari ni di SKMC d next entri ye..

Wednesday, April 27, 2016

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015

Sekalung Tahniah untuk yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2015... Tahniah juga untuk diri sendiri.... Alhamdulillah rezeki tahun 2015. Kali ketiga selepas 1998 dan 2008 setelah berkhidmat selama 28 tahun.  Allah yang menentukan apa yang terbaik untuk penghargaan ini... lain tahun giliran yang lain pula ye... InsyaAllah.

Semalam majlis penyampaian sijil APC... Dari SK Marian Convent 4 orang aje kuotanya... So tahun ni giliran kami. Tahniah ye adik-adik semua, Suraya, Nurul Asyiqqin, dan Ng Tien Yee.
 
Sempat juga kami berposing dengan Ketua Pegawai PPD Kinta Utara yang sporting ni... mesra dan sabar melayan cikgu-cikgu di bawah pimpinannya yang nak merakam kenangan bersama.
                          
 Ruang pentas penuh, terselit la kami bergambar bersama di sini. 

Sesi kedua majlis ini khas untuk penerima dari Sekolah Rendah sahaja seramai 398 orang guru-guru dalam Daerah Kinta Utara. Ramai juga kenalan yang naik pentas, Tahniah mereka jugak... Sesi pertama dijalankan sebelah pagi iaitu kakitangan PPD, Pengetua, Guru Besar dan guru serta kakitangan yang berkhidmat di Sekolah Menengah.
Tahniah juga untuk sahabat-sahabat lain yang menerima APC 2015
Cikgu Puteri Mimi Jamilah Megat Harun kini di SK Simpang Pulai yang pernah bertugas sama di SK Rapat Setia.
 Posing sakan dengan kak Mi.... bulan Disember ni nak bersara dah.
Ni dengan En Rustam GB SK Jln Pegoh - Pengerusi Majlis Guru Besar KU
                 

Tahniah juga untuk Cikgu Halijah SK Convent, perkenalan semasa Program Penandaarasan di sekolahnya februari yang lalu. Kebetulan susunan tempat duduk kami bersebelahan....

Nak rakamkan Tahniah juga untuk sahabat sePPG yang menerima APC 2015
En. Mohammad bin Hassan - Penyelia Sek Menengah JPN Perak
 Siti Norhawati bt Ramli - PK HEM SK Air Hitam, Teluk Intan, Perak
 Siti Aminah binti Suman - SK Kampung Kedah, Kerian, Perak

Tahniah Juga untuk Perrie anak Sigan yang sekarang dah balik Sarawak, sekarang mengajar di SK Jagoi, Bau, Sarawak.
. Dapat APC 2015 masa mengajar di SK Taman Wawasan Puteri, Seremban, Negeri Sembilan, jauh, tak dapat hadir ke majlis ye.

Buat hilang rindu para sahabat, gambar 2016 Perrie yang berseri-seri dapat berkhidmat di kampung halaman sendiri.



Tahniah Semua. 
Semoga anugerah yang diterima menjadi pemangkin untuk terus cemerlang memajukan anak bangsa. Menjadi pendidik yang dedikasi, amanah dan berintergriti.



Tuesday, April 19, 2016

Penanda Aras SRG5 NPQEL 1/2016 ke SK Marian Convent, Ipoh

Lawatan Penanda aras tidak formal para sahabat yang sedang mengikut Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) ke sekolah saya. Sambil menyelam minum air.. dua program dalam 1 hari.

Tujuan utama memang la nak berdiskusi... para Andragogi belajar.. nak fikir cari jawapan sendiri memang sukar so berbincang dan agihkan soalan yang ada 33 bar yang kena selesaikan secara online tu.. Nak pitam menjawabnya.. berkongsi isi kemudian masing-masing olah sendiri ye. Alhamdulillah dapat juga beberapa  bar menjadi hijau.... sebelum tu sebahagian bar dah dibincangkan semasa di IAB dulu...




Letih mata memandang laptop tu... sempatlah meronda kawasan sekolah melihat apa yang boleh dikongsikan bersama oleh para sahabat yang datang dari daerah Kerian, Pengkalan Hulu, Kuala Kangsar, Hilir Perak, dan dari Cameron Highlands.


Sempat lagi cik adik ni berposing kat Taman Herba....
hihihi.... rugi gak tak posing sama-sama ye.



Terima kasih semua kerana sudi bertandang ke sekolah saya.
Terima kasih kepada Guru Besar saya yang memberikan kebenaran kami menggunakan premis ini selama sehari.

Monday, April 18, 2016

Rindukan kawan, datanglah sekolah

Selamat Sejahtera Puan Hindon....
lama tak dengar panggilan tu...
Hari ni berkesempatan masuk ke kelas, lama tak mengajar Pendidikan Seni... bagi release tension sikit budak-budak tahun 6 ni... Mewarna samil mendengar muzik ye..
 
Bekas murid Laxmi Ananda yang berpindah
 ke SK Convent Infant Jesus (1) Melaka..
 
   

Burung kedidi terbang ke hulu,
Hinggap sebentar di dahan mati;
Walau dirimu jauh beribu batu,
Jauh di mata dekat di hati.

Sunday, April 17, 2016

Tahniah Team Bicara Berirama 2016

Tempat kedua Peringkat Daerah Kinta Utara..
Tak ada rezeki nak jadi Johan meskipun menunjukkan pelbagai irama dan bahasa puitisnya. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam team ... Puan Maizatul Aziah, puan Sabariah, Puan Zaiton Su, Puan Norlaila...

 Tahniah .... tahun depan cuba lagi,


Friday, April 15, 2016

Pendidikan Alaf 21 SKK - SBT

Kolaboratif Pendidikan Abad 21  4 buah sekolah.

Tarikh:  7 April 2016
Tempat : SK Seri Ampang, Ipoh
Peserta  :
1.  Guru Besar,
 2. Penolong Kanan Pentadbiran,
 3. Guru Penyelaras ICT
 4. Guru Bahasa Inggeris Tahun 4

Sekolah Terlibat:
1.  SKK SK Seri Ampang
2.  SKK Sungai Rokam
3.  SBT  SK Marian Convent
4.  SK Raja Chulan





                          
 
Perkongsian ilmu dan inovasi ICT bagi menarik minat murid.
 
                          

Syabas dan Tahniah Semua.


Thursday, April 14, 2016

Pertemuan Ex SK Rapat Setia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni sempat jugak mengumpul rindu dengan cikgu-cikgu ExSK Rapat Setia yang masing-masing dah berkhidmat di sekolah lain datang bawa anak murid masing-masing.. tak sangka pulak jumpa di sini ye.
 
                     
Kak Siti Zabidah (PK KK SK Taman Bersatu),
Cikgu Shahrul ( PK KK SK Jalan Pegoh),

Cikgu Aini Hayati anaknya peserta SK Marian Convent
Kak Khairul Aziah sama-sama dok di SK Marian Convent.
seorang lagi tak sempat bergambar sama..Pn Hjh Faridah mantan guru besar SKRS.

Rindu awak semua jugak...
..