Tuesday, April 19, 2016

Penanda Aras SRG5 NPQEL 1/2016 ke SK Marian Convent, Ipoh

Lawatan Penanda aras tidak formal para sahabat yang sedang mengikut Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) ke sekolah saya. Sambil menyelam minum air.. dua program dalam 1 hari.

Tujuan utama memang la nak berdiskusi... para Andragogi belajar.. nak fikir cari jawapan sendiri memang sukar so berbincang dan agihkan soalan yang ada 33 bar yang kena selesaikan secara online tu.. Nak pitam menjawabnya.. berkongsi isi kemudian masing-masing olah sendiri ye. Alhamdulillah dapat juga beberapa  bar menjadi hijau.... sebelum tu sebahagian bar dah dibincangkan semasa di IAB dulu...




Letih mata memandang laptop tu... sempatlah meronda kawasan sekolah melihat apa yang boleh dikongsikan bersama oleh para sahabat yang datang dari daerah Kerian, Pengkalan Hulu, Kuala Kangsar, Hilir Perak, dan dari Cameron Highlands.


Sempat lagi cik adik ni berposing kat Taman Herba....
hihihi.... rugi gak tak posing sama-sama ye.



Terima kasih semua kerana sudi bertandang ke sekolah saya.
Terima kasih kepada Guru Besar saya yang memberikan kebenaran kami menggunakan premis ini selama sehari.

No comments:

Post a Comment