Friday, April 29, 2016

Tahniah Ainny di Majis Hari Anugerah Cemerlang SMK Raja Perempuan 2015

Salam SKMC excellent dan Salam Perak Excellent...
Hari ini agak sibuk sikit... eh banyak jugak sibuk dan menyibuknya. Sampai kat sekolah seawal 6.50 pagi, sampai-sampai  buat relief untuk guru yang tak hadir dan untuk diri sendiri yang keluar sekejap dengan izin Guru Besar... waktu mengajar hari ini hanya sejam Pendidikan Moral...
Suka-sukakan diri hari ini..

Pagi ni nak ke sini sekejap... SMK Raja Perempuan Sekolah Kluster Kecemerlangan.


Sebagai memberi perangsang kepada anak yang menerima penghargaan atas kejayaannya dan Lulus Ujian Bahasa Antarabangsa DELF (Bahasa Perancis) di SMK Raja Perempuan Ipoh. Selalu tengok anak murid naik pentas di Majlis Hari Anugerah Cemerlang...
Tahniah adik Ainny Farah Anna bt Yusof... semoga terus cemerlang dalam semua bidang. Hihihii.. peliknya tak sempat nak mensnap gambarnya ketika atas pentas, nama dipanggil baru tersedar, tengok dalam buku aturcara tak sama susunannya.... alhamdulillah sempat diambil gambarnya sebelum jubah diserahkan semula. hihihi lagi sekali rasa ralat tak bergambar dengan Ainny ni... tak pe dik, belajar rajin2 next year naik pentas lagi ye... dengan ayahnya pun oleh lupa nak berselfie... ish ish ish.. Tunggu gambar dari jurugambar profesional ye.

Selain melihat anak menerima anugerah, dapat juga saya membuat tugasan NPQEL buat log kepimpinan, ikutkan boleh buat 2 log, ucapan Puan Pengetua Datin Hajah Rogayah bt Sukor dan Ucapan Perasmi Datuk Azizul Kamal Abdul Aziz, Pengarah Pembangunan Parlimen Tambun yang mewakili Menteri Kewangan II Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah.  Ucapan yang menunjukkan cara kepimpinannya mereka untuk memajukan organisasinya dan pendidikan anak-anak. Gaya ucapan yang berkarisma dan banyak teladan membuatkan saya leka mendengar....



Selain anak sendiri yang menerima anugerah, bekas anak murid pun menerima anugerah juga .... Nur Annisa bt Shaharuddin (SK Rapat Setia) anugerah paling utama Tokoh Murid atas kejayaan yang cemerlang dalam SPM 2015 (8A+,1A) dan Nur Syafiqah bt Aminuddin (SK Marian Convent) kejayaan cemerlang dalam PT3 (10A) dan ramai lagi bekas anak-anak Marian yang menerima hadiah cemerlang mereka. Tak berkesempatan nak berfoto dengan mereka.... masing-masing sibuk meraikan kejayaan bersama rakan-rakan.

Tahniah Ainny , Tahniah semua, semoga anda semua akan terus cemerlangan di dunia dan akhirat. Menjadi anak-anak yang soleha.

Cerita hari ni di SKMC d next entri ye..

No comments:

Post a Comment