Monday, November 14, 2016

Karnival Kokurikulum SK Bakong 2016

Aktiviti 4 dalam 1
Perkhemahan, Aktiviti Kelab Persatuan, Sukan Permainan dan Anugerah Kokurikulum.

Terima kasih sahabat yang sudi hadir merasmikan Majlis Penutupan Program..
Encik Mohd Mokhtar bin Shaari 
Penyelia Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Perak.

Walau kerja di Jabatan tetapi rumahnya dekat jugak dengan sekolah saya ni, so tak ada masalah dijemput pada hari minggu kan. Teman saye same-same belajor di IPG Kampus Ipoh.
Semua anak-anak SK Bakong adalah ahli Pengakap. Satu aje Unit Beruniform kat sekolah saya ni sebab tak ramai, cuma ianya diberi daam dua kumpulan. 
Semua program yang dijalankan mendapat kerjasama banyak pihak. 

Kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam yang membantu membuat latihan kawad kaki.
JK Makanan yang terdiri daripada ahli PIBG bergotong-royong menyediakan makanan setiap waktu makan. Memang sedap....
Bersama menyiapkan gajet mengikut kumpulan masing-masing.

Sukan dan Permainan  , Bola jaring dan Bola Tampar, mengeratkan hubungan  guru/PIBG vs murid. Dah lama tak main bola jaring ni. dok lepaskan gian..
                           



 Pegawai penilai sedang membuat pemeriksaan di setiap khemah.
                          
                         

                          
Lawatan ke tapak perkhemahn oleh En Mokhtar
                            

Majlis Anugerah Kokurikulum sebagai penutup Karniwal Kokurikulum sekolah 2016 yang diadakan di dalam dewan sekolah.

Kenangan bermalam sebab dah lama tak bermalam ketika perkhemahan. Aktiviti
2 hari 1 malam bermula hari Sabtu... merasa la bermalam di sekolah aharu saya ni buat pertama kalinya. hihihi.. tidor kat bilik sendiri ditemani 2 guru kanan yang sangat rajin dan komited. Anak-anak tidur ditemani oleh ibu-ibu yang turut sama bermalam. Terima kasih semua.

#sukadanseronoksangat.
#karnivakkokurikulumskbakong2017.

No comments:

Post a Comment