Friday, March 3, 2017

Komensmen Graduan NPQEL

Lama dah tertanya-tanya bila la majlis ni... Dah tak sabar tunggu majlis ni. Nak rasa berjubah lagi..hihihi selain inilah masa nak berjumpa sahabat-sahabat yang sama-sama belajar di IAB dulu. Bukan senang nak jumpa bila dah terpisah... balik negeri masing-masing, posting pun berlainan daerah, negeri....
Opss... nak bagitau dah booking hotel. Maklum la excited sangat. Ada yang kata tempat penginapan banyak yang fullbook. Dah 1 Malaysia terlibat dari 5 IAB Ambilan 1 dan Ambilan 2 sekali.... tu yang cepat-cepat book.
Cerita sedikit tentang majlis ni.... (ni copy info daripada laman Komensmen IAB)
Majlis Komensmen Institut Aminuddin Baki (IAB) 2017 merupakan majlis yang diadakan bagi meraikan para graduan yang telah menamatkan pengajian dalam Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) yang merupakan salah satu kursus perdana IAB. Program ini bermatlamat melahirkan pemimpin berprestasi tinggi yang akan ditempatkan di setiap sekolah dengan menyediakan latihan yang berstruktur dan komprehensif secara khusus kepada kumpulan pelapis pemimpin pendidikan di sekolah di negara ini.
Majlis ini meraikan kejayaan para graduan NPQEL Ambilan 1 dan Ambilan 2 tahun 2016 sebagai pengiktirafan atas komitmen dan usaha mereka dalam melengkapkan diri dengan kompentensi kepemimpinan pendidikan yang diharapkan berupaya menyemarakkan transformasi pendidikan di peringkat sekolah. Selain daripada meraikan para graduan yang berjaya, penghargaan juga diberikan kepada seluruh warga IAB yang telah berjaya melahirkan para graduan NPQEL yang berkemampuan untuk memenuhi keperluan dan wawasan pendidikan negara kita. Kejayaan graduan NPQEL merupakan kejayaan pihak IAB sebagai pelaksana latihan pengurusan dan kepimpinan pendidikan melalui program NPQEL.
Sememangnya usaha meneroka dan mencipta peluang baru untuk meningkatkan dan memperkembangkan kecekapan dan ketrampilan para pengurus pendidikan merupakan sebahagian daripada misi IAB.  Selaras dengan misi ini, Kursus NPQEL telah dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya pada tahun 2016.

Objektif

  1. Melaksanakan  Majlis Komensmen 2017 bagi Graduan NPQEL Tahun 2016.
  2. Memberikan pengiktirafan kepada graduan NPQEL yang telah menamatkan program NPQEL dengan jayanya.
  3. Memberikan penghargaan kepada graduan-graduan cemerlang.
  4. Menyuntik semangat dalam kalangan graduan dan warga pendidik bahawa Program NPQEL ini merupakan satu program yang amat penting dalam agenda pendidikan nasional.

Cerita selanjutnya tunggu selepas 11 Mac 2017.
Semoga segalanya dipermudahkan....

No comments:

Post a Comment