Sunday, April 9, 2017

Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke 41 SK Bakong


Tarikh:   6 April 2017 (Khamis)
Masa  :   8.30 pagi - 12.00 tengah hari

Alhamdulillah selesai sudah Kejohanan sukan Tahunan kali ini. Tahun ke 2 saya di sekolah ini, alhamdulillah komitmen dan sambutan ibu bapa dan masyarakat kampung sangat memberangsangkan dan memeriahkan suasana, meskipun diadakan di sebelah pagi.

Majlis perasmian oleh
 Encik Ahmad Zubir bin Mat Johor, Penyelia Kokurikulum PPD Perak Tengah merangkap penghulu sekolah.




                         
                   
                        
               

Sempat melawat rumah sukan sebelum majlis bermula...
Terima kasih ahli-ahi PIBG yang menghias rumah sukan untuk anak-anak. Menjadi tradisi sekolah saya ni pertandingan hiasan rumah sukan ini disedia dan dihias oleh ahli PIBG. Setiap rumah sukan diwakili oleh 10 orang kaum ibu.
                       
                     
Acara kaum ibu
 Acara terakhir  untuk pegawai sukan, untung la pertandingan makan aiskrim Malaysia...  Pertandingan sambil duduk aje.... sambil-sambil melepaskan lelah, hisap aiskrim..... guru besar makan mikrofon aje ye.

 Tu satu-satunya cikgu lelaki sekolah saya, sporting dan hardworking. Terima kasih ustaz Abdul Rahman.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke 41 ini. Hanya Allah yang membalas jasa dan khidmat bakti kalian.


#Tahniahdanterimakasihsemua
#sukadanseronokhariini
#tahundepanberjumpalagi



No comments:

Post a Comment