Friday, June 30, 2017

Maaf zahir Batin daripada Kami di SK Bakong

Selamat Hari Raya Maaf Zahir batin daripada seluruh warga SK Bakong.

Tahun ni raikan anak-anak-anak di SK Bakong. Kemeriahan sebelum cuti Hari Raya.  Majlis pemberian duit raya kepada anak-anak yatim dan semua anak-anak SK Bakong. Semua dapat tapi jumlahnya tak sama. Anak-anak dikategorikan dalam beerapa kategori iaitu:
Anak Yatin/Piatu
Berpuasa penuh
Berpuasa melebihi 20 hari
Tidak berpuasa langsung

Alhamdulillah, terima kasih kepada penderma-penderma yang agak banyak pada kali ini. Semua diagihkan kepada anak-anak. Semoga dimurahkan rezeki kepada semua penderma.

Salam dihulur, maaf dipinta. Semoga ukhuwah terus terjalin.
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari kami cikgu-cikgu SK Bakong
 
 
Sumbangana untuk anak-anak SK Bakong
                     
Seronok anak-anak SK Bakong, Perak mendapat duit raya


Untuk anak-anak yatim/ piatu SK Bakong
Alhamdulillah ada kesempatan waktu menghadiah kuih raya
hasil air tangan sendiri.

Untuk semua cikgu dan staff...
sebalang consflake sebagai tanda penghargaan
                                    

 

 
Lemang ketupat juadah terhidang,
Memenuhi meja dipagi hari;
Ramdhan hilang, syawal menjelang,
Selamat menyambut Hari Raya Eidulfitri
 
 
Pasang pelita di waktu senja,
Menghias malam di eidulfitri;
Tangan dihulur maaf dipinta,
Salah dan silap harap dimaafi.