Sunday, October 15, 2017

Laman Sarana Sehati Sejiwa SK Bakong, Perak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua
 
 
Alhamdulillah akhirnya siap la laman kami ni. Dah sebulan siap, cuma tak sempat nak cerita & publish aje.
Laman yang bertemakan Kemerdekaan dan menggunakan bahan terbuang ni akan dijadikan satu sudut pembelajaran luar bilik darjah. Bahan yang dipamer akan kekal dibiarkan supaya boleh dijadikan sudut maklumat sejarah untuk anak-anak SK Bakong.
 
Laman Sarana Sehati Sejiwa ini adalah hasil perkongsian idea dan usaha ahli PIBG sekolah. Berkat kesepakatan dan kerjasama ahli-ahli PIBG yang sukarela datang membantu menyiapkan laman yang cantik dan amat bermanafaat ini.
 
Laman ini diberi nama Laman Sarana Sehati Sejiwa hasil perbincangan dan persetujuan bersama. Sempena tema sambutan Kemerdekaan yang ke 60 Negaraku Sehati Sejiwa, perkataan sehati sejiwa diambil kerana ia juga sesuai dengan penghasilan laman yang dihasilkan bersama semua warga sekolah. Bersama saling memberikan pendapat, bersama mengumpul bahan, bersama menyediakan gubahan bunga dan landskap serta sama-sama menjaganya nanti. Sarana pula diambil kerana ia adalah program PIBG sepenuhnya yang diketuai oleh penyelaras projek Puan Zaharah bt Bakar.
Warna-warna di laman ini adalah bertemakan warna-warna bendera Malaysia dan bendera Negeri Perak.
 
Barisan ahli PIBG yang banyak membantu menyiapkan Laman Sarana Sehati Sejiwa
 Proses menyediakan bahan.

 
                             

Sudut-sudut dalam Laman Sarana Sehati Sejiwa

                         


Proses persiapan sepenuhnya selama 9 minggu.
 

 Tak siap lagipun kami posing dulu..
 
Ok dah siap sepenuhnya... puas dah berposing di sana sini... setiap sudut untuk dijadikan kenangan nanti. Laman yang tak mungkin ada di sekolah saya akan datang.... ermmm macam tau-tau aje nak dapat sekolah baharu...  tak tahu bila tapi pasti...
 
Suka-suka seronok bergambar di mana jua. Kalau nak berposing sama meh la datang ke sekolah teman....
 
                       
  Banyaknyer posing seorang-seorang.... hihihi ni yang tukang ambik gambar saya... layan saya bergambar tak kira waktu... tengah hari panas terik pun sanggup... ye la kadang tu nak tunggu anak-anak dah balik...awal pagi... waktu petang pun ada... opss.. waktu free tak kelas tau kami posing.. kebetulan kadang waktu buat WAYS...(walk around your school)

Ni pelawat dari jauh datang dari Penang. Terima kasih ye sudi mampir Cikgu Mior n Cikgu Salwa sefamily. Masa ni belum siap sepenuhnya.
 
 Waktu rehat g ngintai anak-anak di laman ni. Seronoknya mereka berbuai dan bermain dalam kawasan ni.

  Menyimpan kenangan lagi...


Semoga Laman Sarana Sehati Sejiwa ni akan terus dijaga bagi mengekalkan keceriaan sekolah. Ianya juga dijadikan salah satu daya penarik anak-anak untuk rajin datang ke sekolah.


Bunga mekar berwarna warni,
Menjadi hiasan laman Sarana;
Semuanya kan kusimpan di dalam hati,
Menjadi kenangan selama-lamanya.
 
Laman dihias cantik sekali,
Tempat bermain anak nan ceria;
Ucapan terima kasih seikhas hati,
Kepada PIBG dan semua warga.
 
Terima kasih semua. Sumbangan dan jasa semua tetap dihargai.
Saya suka, seronok dan
sayang sekolah saya... SK BAKONG, PERAK
 

No comments:

Post a Comment